BEN ASHAARI

Sunday, April 29, 2012

APAM BAKAR TOK CHIK...

rsz_dsc_5771
Salam Ahad semua, sebelum tu minta maaf sebab semalam mat tak dapat nak update blog, bukan takde bahan, tapi masa amat ketat. Dan mat menerima kehadiran tetamu pun yea juga pada petang tu (terima kasih sis-linn, retna dan mereka2). Entri yang mat letak ni bukan lah baru, tapi semalam punya. Jadi elok mat letak. Sebelum tu semalam dah up juga pasal apam bakar ni di dinding FB. Ia satu resipi yang simple dan mudah. Asalnya makcik mat yang buat. Kalau kami ke rumah beliau, apam bakar sering dihidangkan bersama kuah asam pedas. Untuk resipi ini mat buat sikit saja, dalam 1 cawan tepung. Kalau tak de kuah kari tu, sah2 tak buat. Selain dimakan bersama kuah kari, asam pedas atau sambal tums, dicicah kelapa parut yang diletak sedikit garam dan gula merah juga sesuai. Mat guna non-stick pan saiz 4 inci dam dapat dalam 4 keping apam bakar yang bergitu tembam. Apa yang penting, anda kena perap adunan apam ni sejam atau lebih. Jomm lihat resipi, eh sebelum tu undi dulu yea kat sini, kalau sudi....Terima kasih...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung gandum
1 1/2 camca besar gula halus
1/3 camca teh garam
1/3 camca teh instat yeast (mauripan)
150 ml air
70 ml air suam
Kuah kari, sambal tumis sebagai pencicah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan instant yeast dengan 1/2 camca besar gula dan air suam, kacau rata dan biar hingga berbuih. Sementara itu satukan tepung gandum, garam dan baki gula halus. Kacau rata. Bila yeast sudah berbuih, masukkan ke dalam tepung dan kacau rata. Tuang 150 ml air biasa dan kacau hingga sebati dan tidak berbintil2. Perap 1 jam atau lebih sedikit.
  2. Panaskan non-stick pan saiz 4 inci, letak sedikit minyak, ratakan. Seduk adunan apam tadi kurang lebih 1/3 cawan ke dalam pan. Ratakan dan tutup permukaannya dengan tudung periuk kecil dan masak dengan api kecil hingga apam naik dan permukaannya kelihatan sedikit berlubang2.
  3. Terbalikkan dan sambung memasak hingga kuning keemasan. Angkat dan buat kaedah sama untuk baki adunan. Boleh hidangkan untuk sarapan atau minum petang....
CATATAN MAT GEBU :- Kalau anda nak campur sekali instant yeast tu dalam tepung tanpa membancuh dengan air suam pun boleh, cuma adunan akan lambat sedikit naik dan anda lebihkan masa memerap...Selamat mencuba (^_____*)



3 comments:

Mas Michiko said...

Patut lar seharian jenguk blog CM tak hapdate! igtkan CM pegi brcuti... Hr ni CM dtg dgn resepi yg best lg! yeahhh buleh cuba ni...

Sis Lin said...

Terima kasih Bang Denan (hahahahaha)...
Adeiii ni Sue la ajar ni...;p

Mat, Mak aku tak habis2 kata laksa ko sedap, siap tanya, nnti mintak ko respi kuahnya, aku kata nnti balik bukak blog ko..hahahahaaaaaaa

Ptg kang nak goreng pisang tu, lupa plak aku namanya tu..hehehhe

Ticer Syah said...

macih for sharing the recipe.. nak coba ptg ni.. hihi

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.