BEN ASHAARI

Friday, March 16, 2012

KANGKUNG BELACAN BUDU..

Kangkung Belacan
Nampak macam aneh ke style mat goreng kangkung?. Sajalahkan nak test letak budu, cuma bila ada budu garam tu kenalah berhati2, budu dah masin, kalau ter ter letak garam, mau masin menyengat dan terus darah naik 170!!!...penggsann >__<. Mat guna kurang lebih 1 camca besar budu dan kangkung pula dalam 2 cekak macam tu. Masa siang, asingkan daun dan batangnya, cuci dan toskan. Apa rasa bila letak budu?. Pada mat rasa dia menyerlah, budu kan terbuat dari ikan bilis, jadi perisa ikan dia agak kuat. Tambah lagi dengan belacan dan udang kering yang mat letak sekali sebagai rencah...memang pengsan lahh, lagi2 yang ada resdung!...erkk. Bagi mereka yang ada lenguh2 sendi, tidak digalakkan sangat makan kangkung, takut angin, yelah kangkungkan sayur berunsur sejuk. Ok walaupun hanya resipi kangkung, mat tulis juga....Terima kasih sudi singgah DTS yea... ^__^

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cekak sayur kangkung, siang berasingan batang dan daun, cuci dan toskan
1 camca besar "budu"
1 biji bawang besar, hiris
1/4 cawan air
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK LUMAT :-)
1 bawang besar
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
1 biji cili hijau
1 biji cili merah
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan tumbuk lumat dan tumis hingga harum, tambah hirisan bawang besar, dan masak sekejap. Masukkan budu dan juga air. Biar mendidih dan masukkan batang kangkung. Kacau rata dan masak hingga batang kangkung lembut.
  2. Masukkan daunnya dan gaul rata. Tambah garam jika perlu. Masukkan juga scubit gula. Masak sekejap rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera bersama nasi hangat dan lauk2 lain....Sedap dimakan selagi hangat..

3 comments:

Sis-Lin said...

As salam Mat...

Aneh? apa yg aneh, takde yg aneh klu dlm dunia masakan nie, semuanya pasti boleh..

Aku x makan budu nie..klu mkn nasi kerabu aku bt2 x nampak je Mat..hehehe

Mat Gebu said...

@ sis-linn - haha, satu lagi yg penting bukan kutip kat parit!!..itu kengkungg's..

~~zAnAfAhMi~~ said...

Assalam...takde anehnya Mat, kena pulak dgn budu tu kesukaan hubby akak. Mcm boleh cuba ni tapi akak mmg tak pandai sgt la masakan berbudu. Mat, belacan, budu, udang kering...adoi..pensan lps mkn.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.