BEN ASHAARI

Sunday, March 25, 2012

KUEH BINGKA KRAKER.

rsz_dsc_0247
Petang semua, hari ni tergerak nak buat kueh bingka biskut. Bunyinya agak menarik juga kan dan rasanya pun sedap. Mat pun akak kurangkan baking sekarang ni, bukan apa, atas sebab kesihatan juga, kita ni makin tua dah...tua sikit..erkk boleh macam tu?. Tapi insya Allah akan baking juga kalau dah gian, tak makan takpe, janji dapat baking. Kali ni cuba satu resipi bingka yang mat dapat dari blog Kak Yatie, di sini. Buat dia mudah, dan tak banyak karenah, main kisar, lepas tu gaul rata dan bakar, tunggu hingga masak. Tapi seperti biasalah mat ada buat sedikit penyesuaian bahan2 ikut apa yang ada kat rumah.

rsz_dsc_0275
Resipi asal guna biskut krim kraker, tapi mat kehabisan stok, jadi mat ganti dengan biskut Osbone yang dikisar halus. Menurut Kak Yatie, kalau anda guna biskut krim kraker, kisar biksut tu bersama tepung yang ada dalam resipi. Ini kerana kalau kisar biskut tu sesaja, dia seakan2 berminyak. Sebab mat guna biskut Osborne iaitu sejenis biskut kering, jadi tiada minyak dan mat kisar hingga halus, dan gaul dengan tepung. Untuk kali ini mat guna paste pandan, tapi kalau anda nak guna pandan segar pun boleh, kisar pandan tadi bersama santan dan tapis, atau jika guna kelapa parut, kisar pandan dan tuang dalam parutan kelapa, ramas dan perah santannya. Tambah sedikit pewarna hijau. Pada Kak Yatie, terima kasih sudi share resipi dan juga terima kasih pada pemberi resipi asal....Resipi seperti dibawah....

BAHAN-BAHANNYA :-)
140 gram biksut cream crackers (mat guna biskut osborne)
85 gram tepung gandum
1 cawan gula (mat luakkan 1/2 camca besar)
3 biji telur gred A
710 ml santan
1 camca besar mentega, cair dan sejukkan
1 camca teh pandan paste
Secubit garam
Bijan secukupnya untuk ditabur

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dengan aluminium foil, biar berlebih, tujuan untuk memudahan kuih dialih nanti. Ketepikan.
  2. Kisar biskut krim kraker tadi bersama dengan tepung (kalau biskut osborne, hanya perlu kisar biskut sahaja, kemudian baru disatukan bersama tepung, gaul rata). Dalam satu bekas, pukul telur dan gula hingga larut. Tambah santan dan pes pandan. Kacau rata.
  3. Masukkan mentega cair, secubit garam dan juga tepung + kisaran biskut tadi. Kacau hingga rata dan sebati. Tuang dalam tin dan tabur permukaannya rata2 dengan bijan. Bakar 1 jam atau hingga masak. Untuk mendapat permukaan kuih yang perang, tukar api oven pada fungsi "grill" dan bakar 5 minit. Sejukkan dan boleh dipotong.

6 comments:

mrs Gee :) said...

sedap makan petang2 gini..

Sari Yusa Ibrahim said...

oh, first time jumpa bingka guna biskut. Kak Yatie memang pakar bab2 macam ni kan..

cik chinta said...

biskut osborne? mahal tak? beli katne?

Yatie said...

waduhhhh terguda tngk bingka crakers Che Mat ni...mmng sedapkan bingka ni..mudah plk tu membuatnya...akak wat lagi utk bawa balik kmpng pagi tadi....semuanya suka...

Sis-Lin said...

As salam Mat..

Mat nk tanya ni, macam mana nak dptkan color ijo pekat cmtu haa? Hrtu mak aku bt bingka gak tau, tp color dia xnaik, mak aku kata lkurang pandan, tp rasanya dh mcm betul2 panda, ko punya ni cantik la colornya, menyelerakan..
Ko pakai icing yg baru tu eh?

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

wahhh warnanya memikat dan bagaimana rasanya ye?biskut tu saya tak pernanh dengar namanya.naper teruk sngt smpi segala benda saya tak kenal nih..huwaaa

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.