BEN ASHAARI

Sunday, March 4, 2012

KERABU BABAT ALA JOHOR....

kerabu babat ala Johor
Salam Sabtu, dah makan tengah hari?.. Mat baru2 ni santap. Hari ni buat satu menu yang mat suka. Tu hari ada masak lemak babat, jadi mat ada asingkan dalam 400 gram babat untuk duat kerabu. Dah lama juga plan nak buat kerabu babat, jadi hari ni terlaksa sudah...Syukur alhamdulillah. Kalau ikut kan kerabu babat ni agak popular di belah pantai timur. Kali ni mat oter sikit ikut bahan2 yang ada, jadi takperlu lah terikat dengan satu2 resipi. Apa yang utama ada rasa masam, masin, manis dan pedas, itu antara elemen penting. Kalau anda lihat mat gabungkan bahan2 biasa saja, cuma kelapa tu mat goreng tanpa minyak hingga harum, tapi jangan sampai jadi kerisik, biar dia perang2 sikit saja. Ok, sebelum mat tulis resipi, kita lihat entri pilihan DTS kali ini ---> di sini. Terima kasih..

BAHAN-BAHANNYA :-)
400 gram babat @ perut tuala
2 genggam taugeh, buang ekor, cuci dan toskan
4 biji belimbing buluh, hiris halus memanjang
5 biji tomato ceri, belah 4 setiap satu
4 helai daun cekur muda, dimayang halus
8 biji cili padi, hiris halus
1 biji bawang besar, hiris halus
3 - 4 biji limau kasturi, perah jusnya
1 cawan kelapa parut putih, disangrai hingga perang dan tumbuk hancur
Sos ikan secukup rasa
Gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah
15 biji cili padi
1/2 inci belacan, dibakar
1 camca besar udang kering, rendam sekejap dan toskan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus babat dengan 1/2 inci halia (hiris halus) dan sedikit garam hingga babat lembut. Tos dan sejukkan, kemudian hiris, tapi jangan halus sangat, hiris pada kadar sederhana sahaja. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan bahan tumbuk halus dan kelapa, gaul rata. Tambah babat, taugeh, bawang hiris, belimbing, tomato dan hirisan daun cekur. Gaul hingga rata. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  3. Tambah jus limau kasturi sehingga mendapat tahap rasa yang anda inginkan. Akhir sekali masukkan hirisan cili padi, gaul rata dan hidangkan segera bersama nasi hangat..

9 comments:

Ummiakid @ lily said...

terliur nengok masak lemak ari tu lom hilang...dh tambah dengan terliur kerabu babat ni....mmg cmg nak kena babap ni...suke goda diet org tau..!

Mat Gebu said...

@ ummiakid - haha, yang ni senang buat dan kira healthy dari masak lemak tu hari...

ilahjy said...

che mat nak tau ini salah 1 kerabu kegemaran kak ilah... emmm nak minta salin resepi c.mat ya

Hackers said...

nak datang umah bley..nak rasa masakkan sedap2x ni

Jemarioren said...

haa molek beno le tu. babat memang ada ni.

Emma said...

tergeget cabai melaka tu memang kick la..huhu..saya minat minat menu yg ada perut tu, lagi lagi kalau gulai lemaknya..tapi tak leh makan selalu la.........

Rozuan Ismail said...

wah,first time dgr kerabu babat

Oh Oeya said...

As salam Che Mat. Selamat pagi.
Lama tak makan babat heheh.. Penggemar babat juga saya ni hihi.. Nampak sedap sungguh resepi ni :)

Sis-Lin said...

As salam Mat..
Aku nk tanya..klu babat ni bt kerabu, babatnya tu nk kena perap dgn asam limau tak? ke mmg takkan berbau? ermmm

Shedapnyaa klu dpt ratah!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.