BEN ASHAARI

Wednesday, March 14, 2012

DALCA AYAM ALA JOHOR

Dalca Ayam Ala Johor
Anda pasti dah biasa dengan masakan dalca. Bila sebut dalca, ia merupakan satu hidangan pelengkap bagi nasi minyak, nasi beriani dan pelbagai jenis nasi lagi. Kalau di Johor, dalca memang tak asing lagi. Selain dimakan bersama nasi2 berperisa seperti disebut tadi, ia juga sesuai dimakan bersama nasi putih, dibuat pencicah roti, prata, lempeng atau pun roti jala. Ada beza ke dalca orang Johor dengan neger2 lain?.. Hmm pada dasarnya sama, cuma yang mat tau lah kan, orang Johor buat dalca, mereka akan letak pisang muda dan ubi keledek dalam dia selain sayur2 lazim yang biasa diguna pakai. Kali ni mat tambah pisang muda, nak letak keledek, takde pulak. Selalunya dalca guna daging dan daging pulak jenis yang sedikit berlemak atau tetel. Tapi kali ni mat guna ayam, sebab mat kan kena aviod iteww daging, huhu..tapi bedal gak lah sekeping dua...cobaaaannnn!!!... Ok semak resipi pulak..tapi sebelum tu kita lihat entri pilihan DTS kali ini ---> di sini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 ekor ayam, dipotong kecil (agak2 lah yea, tapi jgn kecik sgt), cuci dan toskan
3 biji kentang, kupas, belah 8 setiap satu, rendam
1 batang lobak merah, dipotong baji, rendam
10 tangkai kacang panjang, kerat pendek
2 biji tomato, belah 4 setiap satu
1 biji terung bulat, buang sedikit kulit dan dadu besar, rendam
5 biji pisang muda, buang sedikit kulit luarnya, hiris sederhana tebal, rendam
1 cawan kacang dhal, rebus hingga empuk, tos dan asingkan airnya
2 biji cili merah, belah dua
2 biji cili hijau, belah dua
1 keping asam gelugor
1 cawan pati santan
2 camca besar cili kisar
4 camca besar rempah kari daging (Baba's)
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMIS :-)
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
2 pelepah daun kari, dilurut
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3/4 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bancuh bahan kisar halus dengan rempah kari, kacau rata hingga menjadi pes. Ketepikan. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing. Masukkan pes rempah kari dan terus memasak hingga rempah garing dan terbit minyak. Guna api sederhana dan kacau selalu.
  2. Masukkan ayam, kentang, pisang dan lobak merah. Gaul rata dan masak hingga ayam kecut. Tuang air secukupnya (juga air rebusan kacang dhal). Kacau rata dan masak hingga kentang empuk. Masukkan asam gelugor. Biar mendidih.
  3. Tambah kacang dhal, kacang panjang, terung dan santan. Kacau dan biar mendidih. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Akhir sekali masukkan tomato dan cili merah/hijau yang dibelah. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi kegemaran anda atau roti canai, lempeng dan sebagainya..

14 comments:

Qasey Honey said...

sedapnya n nmpk myelerakan...dh lama xmkn...biase jumpa bile pegi kenduri kawin..hehehe

fRaMe+LenSeS said...

huu da la dok lapo ni. huu T.T

Bicara Kak Noor said...

sedapnya nampak esuk lusa pasti akak buat jugak asyk tiru cik Mat je

Sunah Sakura said...

cili hijau n merah dalam gambar tu yang dibelah dua ke tu pcm? ke yang baru letak sebagai hiasan? huhu.. *ni soklan serius ni*

KiD said...

WAAAAHH... ada khas dari johor eh

Mat Gebu said...

@ sunah - cili yang dibelah dua, tapi masuk akhir, itu bukan baru letak, tapi yang ada dalam dalca... ^__^

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

sedapnya dalca tu mat... nampak ada pisang muda tu buat akak terliur jelahhh.....

Sari Yusa Ibrahim said...

ooo, sy bru tau CM, selalu sy cuma letak kentang, terung, carrot. Tapi kalu gi belah2 utara memang ada letak bhn2 yg CM tulis tu.. eh, keliru plak sy, tapi dalca CM mcm biasa, tetap menawan tekak.. hehe

Sis-Lin said...

As salam Mat..

Uiii dapat cecah roti ni sedapnyaaaa..
Aku hrni masak lemak cili api ayam je, cuaca sejuk kan, so masak yg pedas2 sikit..hehehehe

Rozuan Ismail said...

sedapnya untuk lunch. makan dgn nasi putih mmg menyelerakan

norliha said...

teringat pada arwah ayah saya...
dia suka sangat dalca, kalau pergi pasar,
bila dia beli tetel lembu dah tau dah mintak masakkan dalca.
siap dgn sayurnya sekali dibelinya.

JIJI YU said...

yg ni dah salu wat dah ni..ahaha..bangga ni

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

mkn ngan roti jala. nasi minyak!!wahhhh

Pemandu Teksi JB said...

tengok je pun dah sedap, apatah lagi memakannya.... aduhhh, pedih perut aku malam-malam ni tengok masakan chef Mat Gebu... Dapur tanpa sepadan ni... Best dan terbaik!!!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.