BEN ASHAARI

Friday, March 2, 2012

ASAM TUMIS BENDI...

asam rebus bendi
Salam, entri yang mudah lagi. Asam tumis bendi pulak kali ni. Mat gandingkan dengan ikan pari masin, tapi ikan pari masin tu mat dah rendam dulu, dalam 25 minit dan dalam jangka waktu tu, kita tukar air dia, dalam 10 minit sekali. Ikan pari masin kasi potong sikit, tapi jangan kecik sangat. Bendi pulak dalam 14 batang, sebab agak besar, mat kerat 2. Satu lagi, bendi tu kerat masa nak masukkan dalam kuah yang mendidih, kalau kerat awal nanti dia mengeluarkan lendir terlampau. Mat letak daun kesom dan bunga kantan. Kalau letak daun kunyit pun sedap. Masakan ni agak ringan dan tidak pedas. Perlu ada sedikit rasa masam, kalau tak, tak boleh lah bagi nama asam tumis. Sesuai juga untuk mereka yang kurang sihat, sebab mat kalau demam ke, masakan macam ni je yang boleh aku telan...sebab ada rasa masam2.... Kita semak resipi dibawah...

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram ikan pari kering, dikerat, rendam 25 minit, tukar airnya setiap 10 minit, toskan
10 - 14 batang bendi, cuci dan toskan
2 keping asam gelugor
1 kuntum bunga kantan, belah dua
1 genggam daun kesom
3 biji bawang merah, hiris
1 biji bawang putih, hiris
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
3 biji cili merah
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1 camca besar ikan bilis, rendam 10 minit dan toskan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis hirisan bawang merah dan putih hingga harum. Masukkan bahan kisar halus dan masak sekejap. Tuang air, kacau dan masukkan ikan pari masin, biar mendidih.
  2. Tambah bunga kantan. Masukkan asam gelugor dan bendi (kerat dua masa nak masukkan dalam kuah). Masuk daun kesom dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Masak hingga bendi lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas..

6 comments:

anymz said...

terliur tgk..ada pulak ikan masin...ermmmmm

Mrs. Simple said...

cik mat, klu akak nk tukar ikan pari tu dgn ikan masin jenis lain bole dak?

norliha said...

cik mat, nak tanya skit, ada tak resepi lauk yg boleh dimasak guna daun cekur selain dari dibuat urap, pecal atau botok-botok, sbb saya suka baunya.

Mat Gebu said...

@ anymz - salam kak, ni konon2 kurang lemak nya masakan..tapi kalau terselera..dah jadi lain gak kan..haha..

@ mrs simple - Boleh puan..ganti dengan ikan masin kembong boleh, dengan ikan masin sepat boleh, ikan masin kapak pun boleh, ikan masin kurau pun sedap gak..

@ norliha - hmmm, kalau masak lemak cili pun boleh guna, tapi ubi dia, tang daun setakat ni kalau macam yang puan tulis tu saja..

ilahjy said...

salam che mat jgn risau lagi lepas nie dgn maslah lendir bendi kak dah kasi petua di dapo maya kak..silakan kwn2 semua baca disana
http://ilahmasakanku.blogspot.com/2012/03/3-petua-hilangkan-lendir-bendi-cara.html

Chah said...

Ikan pari masin?? Duhh...ceteknye pengetahuan daku!!! Tapi yg utama, bagi saya irup kuah dia tu boleh tak cik mat?

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.