BEN ASHAARI

Saturday, February 4, 2012

SAWI PUTIH MASAK LEMAK.

rsz_dsc_6058
Salam semua, selamat bertemu kembali, kenapa mat gebu menyepi hampir 2 hari?..Hmm takde apa2 sebenarnya. Dalam hidup ni ada masa kita kena berfikir tanpa ada sebarang campur tanya pihak luar dan juga kena jauhi benda2 yang tak berapa perlu pasa masa itu. Tinggalkan lah persoalan tu. Hari ni nak share resipi yang tertangguh tempoh hari, minta maaf sebab entri pun yang biasa2 saja. Sawi putih masak lemak, satu masakan yang biasa bagi orang2 melayu kita, dikenakan dengan sambal belacan dan ikan masin atau ikan goreng, sudah memadai sangat, jimat pun yea juga. Mat sebenarnya tengah nak ambik mood berblog balik, rasa tawar hati dan sungguh tidak selesa buat masa sekarang ni..Insya Allah semua akan seperti biasa nanti...Mat tulis resipi mudah ni, walaupun ramai orang tau nak masak lemak sawi putih macam mana...tapi ada juga yang kurang pasti cara2nya..betul tak?..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 pokok sawi putih
1 camca besar penuh udang kering, rendam 10 minit dan tos dan tumbuk kasar
1 biji bawang besar, hiris halus
3 ulas bawang putih, dititik
1 biji cili merah, hiris
800 ml santan cair
300 ml pati santan
Air jika perlu
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sawi putih dileraikan, cuci bawah air paip, dan toskan. Siang berasingan daun dan batangnya. Ketepikan
  2. Masukkan udang kering tumbuk, bawang besar dan bawang putih ke dalam periuk bersama santan cair, kacau dan masak hingga mendidih. Tambah batang sawi dan masak hingga batang sawi lembut.
  3. Masukkan daun sawi, jika kurang kuah boleh tambah air sedikit. Tuang pati santan, kacau perlahan dan biar mendidih, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masukkan hirisan cili merah, masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas, sambal belacan dan ikan masin/ikan goreng.

5 comments:

wa said...

Salam..sayur sawi ni memang favourite saya sejak kecik :)

Amy said...

Assalam..En Mat...lauk ni walaupun simple..tapi boleh tambah nasi 2 -3pinggan..ekkeke..En.Mat jangan berhenti ya, dari berblog..cari mood tu balik...nanti rugi akak kehilangan orang yang pandai memasak macam En.Mat...lama akak jadi SR blog En Mat ni tau..bertahun-tahun dah tau.....

Mat Gebu said...

@ wa - lagi satu masakan macam ni jimat pun yea...

@ amy - terima kasih, insya Allah selagi diberi kudrat dan kesihatan saya akan berblog seperti biasa. Terima kasih atas sokongan cik/puan...

susumanis said...

sedap ni CMG..td kita makan petola air masak lemak putih gan udang, lbh kurang cam ni..yummeh :)

Jinx said...

Salam CMG,
Ada ternampak resepi Chocolate Blackout Cake @ food gawker, pernah try tak? Looks soooo yummy!!!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.