BEN ASHAARI

Monday, February 6, 2012

PAPRIK UDANG BERSAYUR.

rsz_dsc_6373
Selamat bersua kembali, malasnyaa...eh bukan malas lah, tak berapa rajinnyaa....takpe nanti mat gebu minum tonik kasi rajin, dan makan jamu kasi bertenaga...yeahhhhh!!!!. Petang ni nak share resipi mudah lagi, serius buat dia senang, walaupun nampak bahan2 macam banyak. Mat sebenarnya nak buat gak kueh2 talam, tapi rasa macam tak berapa nak rajin lah. Nanti2lah kan projek talam menalam ni semua. Paprik udang bersayur, kalau dengar nama semua orang pandai buat. Tapi kali ni mat oter sikit, sebab saja nak kasi rasa ada sikit lain, bukan lah lari sangat, masih mengekalkan bahan2 asasnya, cuma ada penambahan sikit saja. Kalau anda nak ganti udang dengan sotong atau ayam atau daging pun boleh. Uihh sedapnya sotong, lama dah tak makan, hmm bukan takmo tapi tak boleh, nanti jadi miang woooo..tak rela lah miang2 ni, takutttt...seksaa!!!.... Resipi seperti dibawah...

BAHAN-BAHANNYA :-)
15 ekor udang saiz besar, dibersihkan
1/4 bahagian trafficlight capsicum, didadu besar2
10 tangkai sweet pea, kerat 2 setiap satu
Sebesar penumbuk bunga kobis, dipotong sekuntum2
1/2 batang lobak merah, belah dua dan hiris serong sederhana tebal
3 batang putik jagung, hiris serong
6 biji cili padi siam merah, dititik
3 helai daun limau purut
2 batang serai, dititik
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
Sos ikan secukup rasa
3/4 camca besar pes tomyam
1 camca besar sos cili thai
1 camca besar sos tiram
1/3 cawan air
1 biji limau kasturi

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar, bawang putih, serai dan cili padi hingga harum. Masukkan sos tiram, sos cili thai dan pes toyam, kacau rata dan tambah udang. Kacau dan masak hingga udang berubah warna. Tambah hirisan lobak merah, bunga kobis dan putik jagung. Tuang air dan biar mendidih. Masak hingga semua sayuran lembut sedikit.
  2. Masukkan trafficlight capsicum, sweet pea dan daun limau purut. Kacau dan masak sekejap. Tambah sedikit sos ikan jika perlu. Masak sekejap dan perah jus limau kasturi, kacau rata dan rasa. Jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi dan lauk2 lain.

5 comments:

beLLa said...

sedappnya ! boleh cuba nty :)

Kalamhati said...

pic tu mmg profesional sungguh angel dia..salute!!

Rozuan Ismail said...

paprik!!

p/s g giant serdang, tgk capsicum,teringat mat gebu.huhu

H.J said...

daun pisang ke tu abang mat...hummm..sedap

Mat Gebu said...

Daun pisang rembat kat kebun sebelah...erkk bukan curi...eks..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.