BEN ASHAARI

Saturday, January 28, 2012

MI REBUS CIK ANI...DARI BUKU CHEF WAN..

rsz_dsc_5516
Assalammualaikum, selamat petang. Apa bikin tu, rehat2 tgh hendostan ke?. yelah sejak2 ni ada jee cerita hendostan kat TV, malam pun ada..Mat?..Hmm tgk2 gitu jee lah, tak berapa nak layan sangat. Becerita pasal menu entri hari ni, sebenarnya mat masak semalam untuk menjamu Sis Linn bukit indah dan anak2. Sebab linn datang petang, takkan nak bagi makan nasi, baik kita ajak dia minum petang. Pada mat kan, resipi Chef Wan ni antara yang sedap ditekak mat. Satu lagi kuah dia secara lumrahnya memang kena sedikit manis, tapi bukan lah semanis pengat. Bila dan kena dengan mi dan bahan2 lain serta perahan jus limau kasturi...perghh...very very the sedap u, takcaya tanya Linn...haaa kan dia angguk pala tu, apa yang penting, kalau masak ni jangan lokek bahan2, kalau kata daging sekian banyak, letak ikut arahan. Resipi dibawah ni mat buat 1/2 dari resipi asal dalam buku chef wan...Sesuai untuk minum petang atau jamu pada tetamu, atau jamu pada mak/pak mertua. Ok entri pilihan DTS kali ini ---> di sini. Kita semak resipi pulak...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg mee kuning
150 g taugeh, buang ekor
2 keping tauhu, goreng terendam, hiris nipis
2 biji cili hijau, hiris
1 biji cili merah, hiris
1 pokok daun sup, hiris
1 pokok daun bawang, hiris
4- 5 biji telur rebus, kupas dan belah 2
6 biji limau kasturi, belah 2
Bawang goreng secukupnya
Kuah mee rebus*

BAHAN KUAH MEE REBUS* :-)
1/4 cawan minyak masak
2 camca besar rempah kari daging
2 1/2 camca besar tauco, tumbuk lumat
500 g daging lembu (sedap yang ada lemak sikit)
5 - 6 cawan air
500 g keledek
1 cm lengkuas, dititik
1/3 cawan kacang tanah, goreng tanpa minyak dan kisar halus
1 biji tomato, belah 4
7 biji bawang merah kecil*
3 ulas bawang putih*
1 cm halia*(*tumbuk halus)
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH MEE REBUS :- Daging dihiris nipis dan rebus hingga lembut (kalau guna daging batang pinang tak perlu rebus dulu). Keledek direbus hingga lembut dan kisar halus. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, tambah taucho dan rempah kari, kacau rata. Tambah sedikit air jika perlu. Masukkan daging (kalau daging rebus, masukkan sekali air rebusannya), air, keledek dan lengkuas. Masak perlahan selama 20 minit. Tambah kacang tanah kisar dan tomato, perasakan dengan garam dan gula. Masak hingga kuah pekat. (selalunya kuah mee rebus perlu manis sedikit).
  2. PENYEDIAAN MEE REBUS :- Celur mee dan taugeh mengikut kuantiti yang diperlukan. Letak dalam bekas sesuai. Kacau kuah dan tuang atas mee. Letak telur rebus dan taburkan cili hijau/merah, tauhu, hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng dan diakhiri dengan perahan jus limau kasturi. Hidangkan segera.

14 comments:

Sis-Lin said...

Memang sedap powerrrr...manis dia, lemak pekat semua cukup..tak caya tgk aje anak2 aku makan smlm, sampai 2 pinggan, aku aje makan sepinggan tapi penuh semangkuk..hehehehe :p

Terima kasih daun keladi ye Mat.. :)

Mas said...

perhhhh..mengancamnya mee rebus tu che mat....
menitik air liur dibuatnya....

Yusliza Lailatushalah said...

menyelerakan...:)

effa said...

wah...sedapnyer..harus mencuba ni.

suri solehah said...

subhanallah..dalam duk teringat mee rebus..tiba2 je muncul mee rebus ni kat bloglis..terrliurnya

MULAN said...

wooaaahh.... mesti sedap ni.. kalo tak ikot resipi pon, yg mat masak mesti sedap...

Ryo Azhar said...

wiwitt!!!tumpang lalu....nak kebas mi kari ahh

Rozuan Ismail said...

kuah dia sampai melimpah2 ye

Pak Udak Dilah said...
This comment has been removed by the author.
Pak Udak Dilah said...

Pak Udak nak cuba buat esok. Kalau kat Miri ni, Mee ni bukan Mee Rebus tapi namanya Mee jawa. Mee Rebus tu mee sup...Hahaha lain padang lain belalang. Thanks kongsi resepi.

linda said...

Salam,

Kuah dia manis ke? Sebab letak keledek tu ye? Saya tak suke manis, nak ganti dengan ape ye? Kentang boleh?

sarah said...

ish cam baru je cik mat post entry pageview cik mat 10 juta sekarang dah 11 juta ek..tahniah..mee ni sedap nampaknyer..bleh di cuba kalu free..

Tarbiyah hati said...

sedapnyer...nak pi buat lah

aDisH.sHidA said...

teringin nak buat..nak kena try la nie....tp tatau cmne rupa tauchu hahahaha..teruk x budak kedah nie..tak kenal tauchu