BEN ASHAARI

Tuesday, January 17, 2012

MANGGO CHEESE PUFF.....SUNGGUH MISTERI.

rsz_dsc_4224
Malam semua, serius panas sungguh cuaca, muka semua jadi kemerahan jambu...erkk jambu?..haha tak kuasa kan si mat nih. Petang tadi mat buat satu jenis puff yang agak baru juga lah, takpe kita kan R n D, kalau berhasil, sedap, boleh share kat blog. Dan ini lah hasilnya, tatau lah kan kot2 ada orang lain dah buat..atau chef2 tersohor dah buat dulu. Kita ni nak mengaku kita yang punya idea, kena fikir jugak..yelah kita ibarat mentimunkan, kalau durian lain lah, menyapu resipi dari mentimun lepas tu kata depa yang cipta, sapa ada pertikaikan....betul tak?. Alah mat faham sangat dah. Sebenarnya mat tak terlintas nak buat mango cheese puff ni. Tapi mat ada simpan baki bancuhan cream cis dari resipi ini, jadi mat fikir lah sesuatu yang boleh masuk akal dan ini lah hasilnya, walaupun simple tapi menarik, kanak2 pun suka.....

rsz_dsc_4249
Ok bancuhan cream cheese ni agak cair, jadi anda perlu simpan dalam peti sejuk untuk 2 - 3 jam dulu hingga pekat, dan ini memudahkan kita mengisinya atas puff pastry dan tidak lah bersememeh masa kita menutupnya kemudian nanti. Selain buah mangga, anda boleh juga letak stoberi, atau kalau takde, boleh letak blueberry filling. Selalunya kita akan kelar pastry untuk bahagian atasnya, yang ni terpulang pada anda untuk mencorakkannya. Yang penting anda suka dan bila siap, puff anda nampak menarik. Alahh guna saja kekreatifan yang anda ada, kalau tak test mana nak tau kan..mat pun macam tu juga dulu, ok kita semak resipi pulak yea...

BAHAN-BAHANNYA :-)
100 gram cream cheese
15 gram mentega
1 kuning telur
1 1/2 camca besar gula aising
1 camca teh esen vanilla
3 camca besar whipping cream
Hirisan buah mangga secukupnya
Puff pastry jenama "KAWAN' bersaiz 4 inci x 4 inci secukupnya
Telur, dipukul sedikit, untuk mengglis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan cream cheese, mentega dan gula aising dalam mangkuk adunan, putar hingga sebati. Tambah kuning telur dan esen vanilla. Putar lagi hingga berkrim. Masukkan bancuhan dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk 3 - 4 jam hingga bancuhan sedikit keras.
  2. Ambil sekeping puff pastry, kerat dua, satu bahagian dikelar2 untuk membuat corak, satu lagi sudukan dengan 3/4 camca besar bahan no. 1, dan susun dengan hirisan mangga. Ambil bahagian yang berkelar, letak atas nya dan kemaskan, tekan tepi2nya dengan garfu.
  3. Alih dalam dulang pembakar, buat hingga siap. Sapu permukaan puff dengan bancuhan telur. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau kuning keemasan. Sejukkan atas jaringan dan hidangkan...

13 comments:

Sunah Sakura said...

nanti nak yang ni pulak lah..

Queen Cumy said...

wahh mesti sedap ek ? nak kena cuba ni ! xD thank youu untuk resepi ni

susumanis said...

adoii CMG..x penah x terliur kalau datang sini..nak buat x reti nih..sok g cari kt bakery la kot ade..hehe

aDisH.sHidA said...

puff...sy suka tp cheese tu alamak....

aDisH.sHidA said...

puff...sy suka tp cheese tu alamak....

nasha sanza said...

sedapnya.....

Bila Jejari Mula Bercerita said...

cmg...napelah x pernah terpikir...waduh2...peberet anak ni..bleh bwkkan bekal dia utk ke sekolah....tq abang....

Rozuan Ismail said...

biase org makan curry puffs

kali ini chesse puffs..

biase org makan inti kari

kali ini inti mangga


p/s wah!! hebat!!

mademoiselle ten said...

haha... klakar la plak statement durian menyapu dr mentimun... dh lumrah dunia mcm tu kn che mat...

Oh Oeya said...

As salam. Selamat pagi Che Mat :-)

Best ni.. i suker ;-)

Mat Gebu said...

@ sunah - wahhh...boleh2..

@ queen - must try..sama2..

@ susumanis - erkk kena buat gak sebab mungkin tak de kot kat bakery..haha..

@ adish - erkk, tak suka cheese eks, ganti lah dengan kastard.

@ nasha - terima kasih, boleh cuba nanti ok.

@ jejari - anak2 suka sebab cheese tu dengan buah2an macam ngam je..

@ PCB - ini kira fusion, ehem ehem tak nak cuba buat ke?..

@ ten - hahaa, tapi mmg betul kan..

@ oh - pagi juaa untuk anda, dah sarapan?..

Hany said...

as salam,
mat, kalau nak tukar mangga jadi strawberi ok tak agak nya?

.:: Mrs Z ::. said...

salam kenal en. Mat... pagi ni saya jalan2 cari resepi, terjumpa blog en. Mat ni jadi saya mintak izin untuk follow & kongsi resepi ^_^

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.