BEN ASHAARI

Wednesday, January 18, 2012

GULAI SIPUT SEDUT...MESTI BISING PUNYA!!

rsz_dsc_4333
Salam petang semua, dah santap?..Hadoi ni hari rumah mat gebu bising woooo...tu belum Sis Lin join, kalau tak mau bergegar Bukit Indah kan linn, lagi2 round about yang bapak besar tuu, menelan minyak kete betull...hahaha. Siput sedut atau ada yang panggil belitong, satu makanan unik orang2 kita. Sedap dimasak lemak cili padi atau masak lemak dengan batang keladi, macam mat masak hari ini. Memasak siput sedut ni agak leceh, kerja dia banyak, hendek mencuci siput, kerat hujungnya lagi. Selalunya siput yang kita beli akan ditabur hampas kelapa dan disimpan semalaman, tujuannya ialah agar siput tadi mensucikan diri memasing, sebelum kita masak esoknya. Siput sedut ni selain dari laut, mat pernah nampak juga kat sungai air tawar, kat Sedenak ni dulu ada, mengikut cerita kan, arwah nenek kita orang, "Bidan Peah Bt Syawal" bawak benih siput sedut air tawar tu dari Rembau, lepas dia campak kat sungai..dan keturunan si siput tu membiak sampai sekarang...wallahhualam. Ok semak resipi pulak dan entri pilihan DTS kali ini ---> di sini... Terima kasih..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg siput sedut
1 pokok keladi sayur (atau beli yang siap dising, ada jual di pasartani), bersihkan dan celur, tos
1 keping asam gelugor
1500 ml santan cair
300 ml santan pekat
2 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
5 biji cili merah
6 biji cili padi
3/4 inci kunyit hidup
1/2 inci lengkuas
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sehari sebelum memasak siput, tabur siput tadi dengan hampas kelapa, gaul rata dan biarkan semalaman, pastikan permukaan bekas di tutup dengan tapis dan hempab dengan benda2 berat atasnya, kalau tak esok semua siput hilang. Keesokkannya, cuci siput bersih dan kerat hujungnya, anggaran 3 senggan dari hujung muncung siput, buat hingga siap, cuci kembali, toskan dan masukkan ke dalam periuk bersama serai, asam gelugor dan bahan kisar halus. Masak hingga mendidih.
  2. Tuang santan cair, kacau rata dan bila mendidih, masukkan batang keladi. Masak sekejap dan tuang santan pekat. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak dengan api perlahan sambil dikacau selalu hingga mendidih. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan...

12 comments:

Sis-Lin said...

Cantiknyaaa siput..eh bukan gambooo, kita nak copy la..nk ltk utk menu ngidam kita esok..hahahaaaaaa

Mat, ni klu mkn dlm 5org serentak, mau mcm lagu ombak rindu dengarnya kannn hahahaaaaa

*klu uma dekat leh tkr dgn lomak ayam cili api ni.. :)

Misz MariA said...

aduss...Sedapnya..meleleh dh nie... ^^

faa.rosli said...

mesti ade sesi srrott srroott srroott..hihihi..seronok!

sue-ab said...

CM ni buat terliur org je...ni buat org nak makan jugak ni...nak beli jewww...hehhe..kalau CM nak antau umah I boleh gak..

mas saari said...

kenapa saya tak boleh makan siput sedut ni walaupun orang kata sedap..huhuuhuuu

eima-caa said...

Salam Abg Mat...

aduhai shedapnyeerrrr siput sedut neh..
geram sungguh lah...
mintak sikit yek..
dpt colet kuah pun jadilah..

CT Delima said...

As'salam Mat

Kalau bab2 siput sedut ni..Che Mat memang tolak tepilah. Kalau k.ct jangan ditolak makin ditarik adalah mat...Kalau nak citer sampai besok tak habis Mat. Che Mat dulu2 dia makan. Tapi masa dia budak2 Mak dia nak masak, bila nampak siput2 tu semua dah merayap satu dapur terus sampai sekarang Che Mat tak sudi nak makan... hahaha

Jangan lupa simpan satu mangkuk tuk k.ct nak sedut2 gak lawan dengan Lin..hehehe

Mama Ann said...

Salam....CMG..Sedap nya ..mama selalu masak siput ni dgn keladi..peberet keluarga mama ni..naNTI mama try resepi CMG pula..nampak sedap.....

susumanis said...

tutup dengan tapis dan hempab dengan benda2 berat atasnya, kalau tak esok semua siput hilang....penah jadi nih..tgk tgk semua siput da cabut lari..kena kutip bagai..hahaha

Chah said...

Srottt...srottt.... Ada anak kecik tgh tido xlehmkn siput ni...mau terrjaga....hehe... Tp yg potong stim sket bila sedut x kuar...geram!

Rozuan Ismail said...

tak reti makan siput sedut.sedih!!

AbbotCottage said...

sedap sedap sedap. tak terkata sedapnya. tapi lagi sedap kalo ratah gitu je.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.