BUBUR KACANG DURIAN....BIASA YANG LUAR BIASA.

rsz_dsc_5363
Malam semua, hmm jemu ke, siang entri mi megi, malam entri bubur kacang durian pulak. Biasa lah, mat gebu satu nama yang sinonim dengan banyak benda..antaranya, teko, typo, masak ulang tayang, terover ramah (sometimes lahh), dan..dan..dan...banyak lagi..ada masa biasa..dan ada kala luar biasa, jangan tatau. Hari ni mat betul2 masak paling senang. Tadi petang mat tumis air sayur bayam, lepas tu goreng sardine dan buat bubur kacang. Letak durian lagi. Durian tu kami simpan dalam freezer, masa beli, terus bukak dan isi dia kita terus masukkan dalam tupperware atau bungkus dalam plastik bersih, ikat dan bekukan dalam freezer. Insya Allah boleh tahan lama, dan bila nak guna cuma perlu keluarkan biar sekejap, masukkan dalam kuah. Senanggg...rasa dia pun tak lari, masih ada rasa derian, tu alternatif lah jika ada lambakkan buah durian di rumah anda.

rsz_dsc_5459
Biasa yang luar biasa tu, bukan lah apa sangat, cuma mat nak tanya lah terutama generasi2 muda, tau biskut "Osborne"?.. Cer tanya mak ayah anda atau orang lebih tua, insya Allah mereka tau. Biskut osborne ni satu biskut nostalgia orang zaman sedulu. Biskut ni sedap dimakan bersama bubur kacang durian. Biskut osborne ni rasa dia soo authentic, hmm, macam mana eks nak kata, rasa dia betul2 "biskut", rangup walaupun sedikit keras, dan seakan2 tidak berminyak. Sedap dicelop dalam air kopi hangat hingga sedikit lembut dan boleh dimakan. Rumah mat kan, semua orang suka biskut ni, mereka makan masa sarapan pagi, atau masa minum2 teh petang hari. Blog pilihan DTS malam ni ---. di sini... Terima kasih..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan kacang hijau, cuci dan rendam semalaman
1/2 ketul gula melaka, hiris kecil*
1/2 cawan gula pasir*
1 helai daun pandan*
2 cawan air*(*disatukan dan masak hingga gula larut, tapis)
1 helai daun pandan, disimpul
1 biji durian (dalam 7-8 ulas isinya)
Sedubit garam
Gula, jika kurang manis
1 liter santan
Air jika perlu
Biskut Osborne untuk dimakan bersama bubur (boleh juga dengan roti dan biskut krim kraker)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus kacang hijau hingga kembang, kemudian masukkan air gula, daun pandan dan durian, masak hingga mendidih. Tambah santan dan secubit garam. Rasa dan jika kurang manis, tambah sedikit lagi gula.
  2. Masak sekejap dan jika pekat tambah air sedikit lagi. Rasa dan jika ok, boleh matikan api. Hidangkan sejuk atau panas. Sedap dimakan bersama bisku osborne, roti atau biskut krim kraker.

Post a Comment

17 Comments

  1. feveret sy ni....sedapnya....

    ReplyDelete
  2. feveret sy ni....sedapnya....

    ReplyDelete
  3. feveret sy ni....sedapnya....

    ReplyDelete
  4. ade tk org buat bubur plut itam ngn derian eh?

    BL da de la.. #eh

    ReplyDelete
  5. sedap makan osborne dgn bubur kacang ya, CMG? kak sofi biasa cicah ngn air masak bubuh gula jek... insyaallah nak cuba. mmg best roti osborne..hehe

    ReplyDelete
  6. sedapnyer...klu dpt mkn dgn roti gardenia ke ape...nyummm...nyummm

    ReplyDelete
  7. tajuk biasa yang LUAR biasa tu yang tak tahan...salam jumaat A. Mat ;)

    ReplyDelete
  8. cik mat,

    ni biskut dalam pantang ni..saya suka..hehe

    ReplyDelete
  9. Erkkkk...malam td aku tak bukak tenet, bz meeting Maulud, sekali pg ni bukak, mak aiiii sampai ke sini bau duriannya..

    Hrni ada lg x? klu masuk peti ais makan balik sedapnyaaaaaaaa....

    ReplyDelete
  10. aduhai CMG...biskut osbon dgn bubur kacang..feveret aruah abah

    ReplyDelete
  11. sedapnya...da lama tak makan...

    p/s:sentiasa menanti idea memasak baru dr blog nie =0

    ReplyDelete
  12. slurppp...sedapnya...lama dah x makan bubur kacang...
    http://eztraveltour.blogspot.com/

    ReplyDelete
  13. sume mknan yg mat gebu kuarkan kat cni kompom best!!

    ReplyDelete
  14. hehehehe selalu sangat masak bubur durian, biase ar musim durian,. kalau tak bubur durian, pulut durian pun lazat,...
    selalu nye saya kalau nak bagi kacang tu empuk cepat saya akan masukkan dalam microwave dan set 25 minit,..
    pastu empuk la kacang tu,..

    ReplyDelete
  15. dah cuba buat ari tue, memang sedap sangat..satu periuk boleh abiskan sorang jer..hehehe

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.