BEN ASHAARI

Tuesday, January 10, 2012

10 MINIT JEE...DAHH SIAP...

rsz_dsc_3336
Salam...hadoi hari ni sungguh terburu2, balik beli barang dapur terus masak. Tadi mat pi beli barang2 dapur, di Econsave kemudian baru ke Tesco... Serius, nak cerita. MYDIN, bukan pilihan mat gebu, cuma ada juga barang yang memang kena beli kat MyDin...Satu sebab yang mat kurang minat. Sayur2an dia agak kurang, dan sekarang ni macam MyDin baru bukak ladang kangkung..bertimbun kangkang, tapi barang2 runcit ada masa murah di Mydin. Econsave pilihan terbaik jika nak beli sayur2 segar (tapi ikut masa juga lah). Ikan pun boleh dikatakan memuaskan. Kalau di Tesco pun tidak mengecewakan, boleh dikatakan lengkap juga, selain luas dan hendak memilih dan membeli pun agak selesa. Ini mat sebut pasaraya besar yang terpaling hampir..kalau mat dok JB, semua pasaraya aku komen..Tapi kalau JJ, nak cari barang yang susah dapat, insya Allah boleh. Ok kita semak resipi, tak yah bagi tau nama pun dah tau itu Singgang Rebus Ikan Kembong, senang dimasak 10 minit je dah siap....

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 ekor ikan kembong, siang dan cuci bersih, kalau suka boleh kerat 2
5 biji cili padi hijau, belah 2
5 biji cili padi merah, belah 2
2 keping asam gelugor
1 kiub pati ikan bilis
Garam secukup rasa
Secubit gula
1 biji bawang besar, hiris halus
4 ulas bawang putih, diketuk
1/2 inci halia, diketuk
Air secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam periuk, masukkan air secukupnya (anggaran 3 1/2 cawan), bawang besar, bawang putih, serbuk kunyit, halia, asam gelugor dan kiub ikan bilis. Kacau dan masak hingga mendidih.
  2. Masukkan ikan dan juga cili padi hijau dan merah. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Masak dengan api perlahan hingga ikan masak. Rasa kuahnya, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain.

13 comments:

aDisH.sHidA said...

sedaaaaaaaaaaaaap..kalau hirup kuah nyer...skrg kat umah selalu la kena masak2 mcm nie..sebab mak dah x boleh makan masakan berlemak

Mat Gebu said...

@ datin adish - CM hari2 singgang pun ok, cuma nanti kena masak byk jenis, sebab ada yang jemu..huhu..

MamaFaMi said...

Ingat Singgang Ikan,ingat sifu Mat Gebu. Terima kasih Mat. Jasa mu ku kenang sepanjang hayat. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

umi's cup cake said...

Memang selalu buat untuk anak2 dan omitkan cili padi..suami pun suka bila makan dengan sambal belacan..tak cukup nasi panas

mrs puex said...

mmg sedap n simple..:D

Totie@Tomy said...

sedapnya kalau dicicah dengan budu..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

cik mat....mkn ngan nasi panas, pastu kuah byk2..sedapnyer!

Nina Mirza said...

Slurrpp .. slurppp ...~~!!
wahhh ...!!! sedapnyer kalau dpt hirup kuah singgang nie.

Zurina Hj.Zainal said...

lauk ni kalau mkn dgn sambal belacan pon meletoppsss! gedebomm!!

susumanis said...

terkenang mak masak kenkadang ltk timun..sedap gakk..ahh rindu mak la pulok :)

MsCuya said...

same la lauk kite arini..nyam2..sambal belacan mmg dh ready dlm esbok tu..

Rozuan Ismail said...

memang feveret wan.sebab duk kampung, brg kat dapur limit.lagipon singgang sedap dan cepat siap.tak perlu banyak bahan.

hanieliza's cooking said...

kakliza suka buat..sebab cepat siapppp dan sedappp...asben memang suka lauk ni......

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.