BEN ASHAARI

Tuesday, December 20, 2011

YANG RINGKAS ITU YANG SEDAP..

rsz_dsc_0373
Tengah hari sudah.....mendung je langit..Hmm baju pun dah basi sebakul tu, mau taknya semalam cuci tak boleh jemur, jadi basi lahh....Dah musim hujan kan, takpelah syukur alhamdulillah atas limpah kurnia nikmat dari yang Esa. Kali ni mat letak entri mudah, masakan ala2 orang sakit. Taktau lah kan, tekak ni suka makan yang sup2..tapi mat ada juga masak lemak labu manis, yang tu atas permintaan bonda, nanti letak entri. Dah bertahun mat berblog dan mat perhatikan teman2 blogger datang dan pergi, terharu sebenarnya mereka masih sudi singgah walaupun entri mat teramat lah biasa2nya. Kalau tanpa anda lah, sudah pasti blog DTS sepi, terima kasih dengan penuh kasih sayang mat pada semua, Ok lah dah nak nangess dah ni (hahaha, geli jee)....kita tengok resipi bawah ni..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji petola manis, kupas, cuci dan hiris serong
50 gram fucuk, potong dan rendam
1 genggam isi udang
1 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam
5 biji bawang merah, hiris halus
4 ulas bawang putih, diketuk
Garam secukup rasa
Lada hitam serbuk secukupnya
Air secukupnya
Hirisan daun kucai sebagai hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis hirisan bawang merah dan putih hingga harum. Masukkan udang dan masak hingga udang berubah warna, tuang air, kacau dan biar mendidih. Masukkan fucuk dan kiub ikan bilis (jika guna).
  2. Tambah petola dan soo hoon (toskan), kacau perlahan dan masukan garam secukup rasa dan sebuk lada hitam. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hias dengan hirisan daun kucai sebelum dihidangkan.
  3. Jangan masak lama2 nanti petola lembik. Hidangkan bersama sambal belacan dan juga ikan goreng. Nak makan macam tu sahaja pun ok...

CATATAN MAT GEBU :- Mengikut kata orang2 tua zaman dulu, kalau satu2 masakan tu kita guna sayur berunsur angin atau sejuk (contoh macam petola, nangka, labu dan kangkung..sekadar menyebut beberapa jenis), tambah lada hitam sebagai pengimbangnya, dikatakan lada hitam boleh menghangatkan badan.


13 comments:

lady dyha (",") said...

suker bacer resipi yang mat gebu...walaupon ringkas tapi sedap...blerla agaknyer nak merasa air tangan mat neh...

JIJI YU said...

ni orang yang sayang papa dah datang ni..mmuuaaahhhh

ZalinZalina said...

kak ina pun suka resepi yang ringkas aje...asalkan sedap dan semua kat rumah ni suka makan :)

:: Cik Nur :: said...

amboii..dah tengok pun nmpk sedap...

kalau cuba buat msti sedap..

best bace blog ni...

dari xpandai mask boleh jd pandai..

tapi kena de minat laa..

kan mat gebu?

maszull said...

assalamualaikum abg mat...simple tapi sedap nyummmmy...:)

Kjee said...

ni kalau ada sambal ikan kembung pastu ada ikan kering tenggiri jeruk, mau penggsaannnnn! hehehe

RashAtie said...

yes...yg simple tu yg sedap....

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

memang sedap.sekali sekala makan rebus2 camnie, memang membuka selera lebih2 pekena dgn ikan kering dan sambal belacan.nyum-nyum..

Rania's Ibu said...

sedapnye...nak try buatla

mas saari said...

betul lah Chef Mat, saya kalau masak sayur tumis camni memang suka letak lada hitam..

N.E.E.N.Y. said...

Salam Che Mat,

Samalah kita, yang sup-sup tu memang menjadi pilihan.

Memang suka datang melawat blog Che Mat ni. N3 Che Mat memang bersahaja tetapi mantap. Che Mat cakap/tulis apa yang Che Mat buat. Memang susah nak cari orang yang jadi diri sendiri.

Salam sihat daripada saya.

Peminat baru blog CMG/DTS/TIFFINBIRU dan yang seangkatan dengannya.

Sis-Lin said...

Aku suka yg simple dn mudah..senang nak masak hehehe, sambil mop lantai pun boleh buat kan... :)

kakchik@ella said...

sesuai utk org nak diet ni cik mat.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.