BEN ASHAARI

Wednesday, December 21, 2011

TATAU NAK KATA APA DAH...LAYANN JELAH.

rsz_dsc_0499
Assalammualaikum, salam petang semua. Dah makan?..Mat makan lewat tadi. Hari ni cuaca agak elok, jadi kasi settle semua baju2 yang dah basi, cuci balik dan jemur, alhamdulillah kering dengan elok. Pagi tadi mat masak awal, jam 8.30 pagi dah mula menguis2 apa yang patut. Yang lain pi pasar membeli bahan2 mentah, yang ni ikut suka mereka, bila hangkut balik dan mat masak saja lah, terpulang ikut apa menu yang mereka nak. Tadi ada soalan dari sorang teman FB mat, Puan Mustika, dia tanya, mat ni ada buka perniagaan makanan ke?. Jawapan nya tidak dan mat cuma kata me Chef At Home, tu saja...jadi anda pun sedia maklumlah kan. Hari ni masak paling ringkas ada asam pedas ikan Jahan, Kangkung Belacan Berkupang dan Bendi Goreng Kering dan Kerang rebus, erk yang tu tak de gambar pulak..Mat kan rasa nak share pun segan dah sebab dah selalu sangat..hmm takpel lah tulis juga, terima kasih pada yang sudi singgah dan baca...Kita lihat resipi satu persatu yea..Blog pilihan DTS kali ni ---> di sini... Terima kasih..

~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~

rsz_dsc_0486
Ok yang pertama mat masak asam pedas ikan jahan, atau nama biasa ikan duri, dianya akan berubah nama mengikut saiz ikan, masa kecil panggil ikan duri, saiz sederhana panggil ikan mayong dan jika besar jadi nama ikan jahan. Kalau negeri lain mungkin nama dia lain. Ikan ni masak kari pun sedap, kalau belah2 Johor ni masak asam pedas daun kesom paling digemari. Apa2 pun ikut selera masing2. Yang nak makan pun kita..betul tak. Ok resipi seperti dibawah..

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 kepingang isi ikan jahan putih (ikan duri bersaiz besar)
1 biji nenas madu saiz sederhana, kupas dan hiris
1 cekak daun kesom
1 1/2 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
1 camca teh lada hitam biji, tumbuk halus
2 senduk nasi penuh cili kisar
1/2 camca teh serbuk kuyit
Air secukupnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan jahan dipotong dua jika besar, perap dengan jus limau kasturi selama 10 minit, cuci bersih dan toskan. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan kisar halus hingga harum, tambah serbuk kunyit dan cili kisar, terus memasak hingga terbit minyak, guna api kecil dan dikacau selalu.
  2. Tuang air secukupnya, kacau dan bila mendidih, masukkan nenas, jus asam jawa, lada hitam dan daun kesom. Tambah ikan dan perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau perlahan dan masak dengan api sederhana hingga ikan masak. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Biar masakan 2 - 3 jam untuk mendapat rasa yang lebih mesra.

~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~

rsz_dsc_0475
Lepas tu satu lagi masakan ringkas, yang ni big boss guaa suruh wooo, kangkung belacan lagi, demand suruh letak kerang, tapi last2 kerang kensel, mat letak kupang, well, biasalah kaki melawan. Kangkung ni mat tak galakkan pada mereka2 yang ada sakit sendi, sebab ia kan sejuk. Tapi aku ni cakap je, bila nampak dah siap masak, hmm mana boleh tahan nak menerai gak kan. Ini masakan mudah, campak2 saja dahh siap, kena hidangkan panas untuk mendapat rasa yang lebih optima...perghh ayat, kan main, tu baru kangkung goreng belacan, belum benda lain lagi. Resipi seperti dibawah. Anak2 dara bole terai nanti yea..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cekak kangkung, asingkan daun dan batang, siang berasingan, cuci dan toskan
3/4 cawan isi kupang
1/2 camca besar sos tiram
Garam secukup rasa
Sedikit air

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji cili hijau
1 biji cili merah
1 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, tambah sos tiram dan kupang, masak sekejap. Masukkan air, kacau dan bila mendidih, masukkan batang kangkung, masak hingga 1/2 masak.
  2. Tambah daun kangkung, gaul pantas. Tambah garam secukup rasa. Kacau lagi dan bila kangkung lembut, matikan api. Rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain..

~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~

rsz_dsc_0470
Terakhir sekali mat share satu lagi yang mudah. Ini mat punya, tergoda nak buat sebab nampak teman blogger masak2 buat masakan ni di blog beliau di sini..terima kasih LG. Paling senang dan bendi tu cuci dulu, tos kering dan baru hiris serong pada ketebalan sederhana. Ikan bilis antara bahan penting, kalau guna udang kering, rasa dia tak sheedapp lahh. Ikan bilis digoreng garing bersama hirisan bawang, cili merah dan hijau, serta sos ikan dan kicap manis...hmm makan hangat2..aduh mak, boleh penggsannn gitu. Kita semak resipi pulak.

BAHAN-BAHANNYA :-)
15 tangkai kacang bendi, cuci, toskan dan hiris serong.
1 genggam ikan bilis cuci dan toskan
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
1 biji bawang besar, hiris halus
3 ulas bawang putih, diketuk
1 camca besar kicap manis
Sos ikan secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, goreng ikan bilis hingga garing, tolak ke tepi kuali. Tumis bawang besar, bawang putih, cili merah dan cili hijau hingga harum. Masukkan kicap manis dan sos ikan secukup rasa. Kacau rata.
  2. Masukkan bendi hiris, kacau dan goreng hingga sedikit kering, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan.....
~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~

12 comments:

Kjee said...

toksahlah malu che mat. kjee lagi malu...hari2 makan kat kedai. tak sempat nak masak. :(

mas saari said...

adoi, ni yang rasa nak buat asam pedas lagi minggu ni!

momma said...

meriahnya! buat aku lapa jer

maszull said...

assalamualaikum abg mat...terliur nyer tengok lauk-pauk Abg Mat ni...asam pedas ikan duri/mayong n ikan jahan ni mmg feveret org Johorkan...:)

maszull said...

assalamualaikum abg Mat...mekacih yer Abg Mat sbb blog mama jadi pilihan Abg Mat...

mekacih...:)

Citarasa Rinduan said...

peeehhhhhhhhhhhhh
mayong mmg sedap..
ayu ngan sis lin tiak mayong jerlah.
kecik ker besor..

kan sis lin...

hahahhahah

Nur-nba said...

Baru Nur tahu ikan mayong tu rupa-rupanya ada banyak nama. Terima kasih Cik Mat atas info ini.

Memang suka sangat masak lauk asam pedas ikan mayong.. My favourite.. :)

Isteri Encek Bard said...

terliur tengok asam pedas tu

sari said...

asam pedas membuat ku terliur, ikan duri... buat terus meleleh air mata.. huhu

yuniesite said...

hye...cam sedap jer.. memang mengkagumkan...sedap2 sumenyer.. sya pon minat masak.. tp, tak slalu masak..sya follow blog ni.. jomla jln2 kt blog sy..

norihan said...

sedappnya..tgk asam pedas tu....terliur da....

~~ aifan ~~ said...

Salam..abg mat gebu..nak tanya skit blh..?? cantik mangkuk tuh...beli mana erkk..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.