BEN ASHAARI

Thursday, December 15, 2011

MAYONNAISE PANCAKE UNTUK SEKIAN KALINYA.

rsz_dsc_9860
Assalammualaikum, selamat pagi semua...Jarang dah mat update entri sarapan sejak2 ni. Bukan apa sarapan biskut kering dan roti saja. Kalau buat nasi goreng atau mi atau cekodok, macam biasa sangat, nak letak pun takut orang jemu. Pagi ni mat teragak nak makan pancake, tapi pancake mayonnaise menajadi pilihan, sebab lembutttt. Menghasilkan kurang lebih 7 - 8 keping, tu kalau anda guna non-stick pan saiz 4 inci macam mat selalu guna. Anda boleh juga tambah perisa jika suka, tapi mat lebih suka letak perisa vanilla saja...

rsz_dsc_9874
Sedap dimakan bersama mentega, madu dan buah2an segar. Kalau nak test makan dengan sambal tumis pun ok rasanya, fusion gitu. Dalam gambar tu bukan madu, tapi sirap mapel. Kalau anda nak dapat pancake yang mulus, guna api kecil dan minyak jangan letak banyak, cukup lenser sedikit dan lap rata dengan paper towel. Masa masak tu, tutup permukaan pan dan biar hingga permukaan pancake kelihatan kering dan ia akan berlubang2. Bila bahagian bawah nampak perang keemasan, terbalikkan dan masak sekejap. Ok kita semak resipi dia, walaupun dah ulang tayang dulu, tapi takpe, mat tulis juga...Layannn...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3/4 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)
1/2 camca teh baking powder
1 biji telur gred "A"
1 1/2 camca besar gula halus
30 g mentega, dicairkan
1 camca besar mayonnaise
1/2 cawan susu cair (mat guna susu sejat)
1/2 camca teh esen vanilla (resipi asal tak letak)
Secubit garam halus
Mentega, madu dan buah2 segar untuk dimakan bersama pancake

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan tepung naik sendiri, baking powder dan garam halus, gaul rata dan ayak. Dalam satu bekas, masukkan telur, gula, mentega cair dan mayonnaise, kacau dengan whisk sehingga semua sebati dan rata.
  2. Masukkan susu, kacau dan tambah tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga rata. Tuang esen vanilla, gaul rata dan rehatkan adunan 20 minit.
  3. Panaskan non-stick frying pan(mat guna saiz 4 inci) pada api sederhana. Lenser dengan sedikit minyak (mat sapu permukaan kuali tadi dengan paper towel bersih yang dicelup sedikit minyak). Sudukan anggaran 4 camca besar adunan tadi. Ratakan.
  4. Tutup pan tadi dengan tudung periuk sekejap. Bila permukaan pancake berbuih2 dan kelihatan agak kering, perlahan2 terbalikkan. Masak lagi untuk 1 minit atau hingga keperangan. Alih dalam bekas sesuai dan buat kaedah yang sama untuk baki adunan.
  5. Hidangkan bersama mentega, buah2an segar dan curahan madu...hmm sedappp u!..Nak makan dengan sambal tumis pun ok juga..kita yang buat dia kann...

6 comments:

Mrs Lurve said...

aduhai..terteliur gila pagi2 nie..cuma smpt breakfast dgn biskut tiger jer huhuhuhu

bujal X said...

patutlah comel je design penkek tu~~masak style apam balik rupanya~he~~

Kak Rose said...

mat!!! cantiknya pancake mu itewww! rasa nak ngap jer kat skrin ni... kak rose bekpes roti bakar sapu butter je!

kak rose amik resepi roll sosej tu ya... tp x buat sos uniknya! tq.

Tihara said...

lapa sekali lagi bila tgk pancake yg cantik ni :)

~~ aifan ~~ said...

mat gebu slalu masak sedap22...rasa cam nak pindah rumah duk sebelah rumah mat gebu jerr...hehehe...

Afieza Ariffin said...

wahhh.. teramat cantik & gebus

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.