BEN ASHAARI

Monday, December 5, 2011

KUIH CARA MANIS....RESIPI WARISAN..

rsz_dsc_8685
Salam petang semua, bertemu kembali, sekarang ni cuaca tak menentu, kejap panas, kejap hujan. Keadaan cuaca macam ni pun boleh menyebabkan badan kita akan berasa kurang sihat, dia macam terkejut. Bagi mereka2 yang kurang sihat atau demam, jangan lupa makan ubat yea. Kali ni mat nak share satu kueh tradisi orang2 kita. Rasa nya ramai yang dah tau dan pernah makan kuih cara manis selain kuih cara berlauk. Selalunya kuih cara manis ni bewarna hijau dan semestinya berperisa pandan dan kuih cara lauk kebiasaannya bewarna kuning dan berinti kan daging. Selalunya kuih cara menggunaakan acuan kuih baulu, samada bercorak buah ceremai atau belinbing. Di pasaran terdapat 2 jenis acuan, jenis tembaga dan aluminium, anda boleh beli ikut pilihan hati. Tapi pada mat tembaga pilihan terbaik, selain ianya tebal, acuan tembaga dapat memerangkap kepanasan lebih lama.

rsz_dsc_8714
Resipi asal mat dapat ambik dari blog teman masak2 dan kolek PML (Pinggan Mangkuk Lama) iaitu Kak Nannie, terima kasih kak nannie. Buatnya mudah dan apa yang utama api kena perlahan untuk mengelakkan kuih kita hangus. Pada mereka yang tak de daun pandan, boleh guna perisa pandan, tapi dah tentu lah tak setanding jika guna bahan segar (daun pandan). Mat tergerak nak buat setelah berlaku perbincangan pasal makan2 di FB 2 hari lepas bersama Puan Azila, dan sorang lagi sahabat FB... Mat gebu ni kan pantang dengar, terus aku teruja dan terbuat..erkk..hehe. Blog pilihan DTS hari ini ---> di sini.. Kita lihat resipi pulak (mat buat 1/2 dari resipi dibawah ini..)

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
3 cawan santan kelapa (nak sedap guna yang fresh)
2 biji telur
3 helai daun pandan
Beberapa titik pewarna hijau
Gula pasir secukupnya, sebagai inti
Garam secukup rasa (bagi rasa lemak2 masin)
Sedikit minyak masak, untuk lenser acuan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daun pandan dicuci, potong kecil dan kisar bersama santan, kemudian tapis. Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata dengan whisk hingga semua sebati, tambah garam secukup rasa. Kacau dan tapis adunan tadi. Ketepikan sebentar.
  2. Panaskan acuan kuih cara (acuan kuih baulu) atas dapur gas, bila panas kecilkan api pada tahap minima. Lenser sedikit minyak masak pada setiap ruang acuan (guna daun pandan yang dilipat, diikat dan diracik hujungnya).
  3. Isi adunan tadi dalam bekas bermuncung (kole atau teko) tuang dalam setiap acuan tadi hingga hampir penuh. Letakkan sedikit gula pasir pada setiap kuih (anggaran 1/3 camca teh). Tutup permukaannya acuan dengan tudung periuk. Masak hingga kueh menjadi pucat dan tidak melekat bila disentuh.
  4. Berhati2 keluarkan kuih dari acuan dan sejukkan. Oles sedikit minyak setiap kali memasak kuih yang baru. Hidangkan untuk minum petang.... Selamat mencuba..

18 comments:

azila said...

tak tahan tu..siap potong tu en.mat..mmg kena p cari acuan neh.sbb tgk cam mudah jer..heheh

JaJa'Z said...

Zila..akhirnya cik mat buat jugak kuih yg kita gebang2kan kat fb hari tu..hehhehe..selamat menjamu selera cik mat...

Ummiakid @ lily said...

suke kueh ni...mmg suke sgt...comey jer hasilnye bertambah cun terletak atas piring PML tu...

Sunah Sakura said...

saya sukaaaaaaaaaaaaaaaa kuih ni!

Chah said...

Saya tklah penggemar tegar kuih ni, tapi tengok versi cikmat, kecur liur dibuatnya...tak sememehpun ngan air gula...

haslina said...

salam en mat - saya nak ucap tqvm sebab saya copy resepi jemput udang en mat. da buat byk kali 1 family suka.
tq sebab berkongsi.

p/s stress sebab kat opis x leh open blog ini. tak tahu naper.

mas saari said...

comelnya...

Gee® said...

wow!! my fav kuih ni... kemas jer kuih CMG nih... tgn berseni laaa...

Luqman Hakim said...

huhu sedap la bro KUIH CARA ni tapi kalau manis pergh terbaik..!

miErah halim said...

baru tau yang corak belimbing & buah cermai tu.he5

mama sara nur said...

assalam En. Mat
kuih kegemaran sy he he
lama jg cari resepi ni, sy c/p boleh sb pas ni nak cuba...tq En Mat.

saranur blogsport...

Sis-Lin said...

Hehehe Mak aku siap salin respi semalam, dia nak try katanya versi ko..hehehehe

bermacam cara klu nak makan kuih cara ni kan...

Emy Omar said...

mintak izin,saya nak share resipi ni..dah cuba buat pun.Tak susah sangat rupanya..terima kasih En.Mat

MY MintRoom said...

Salam, halalkan saya copy resepi ini.

miMiE aZiMaSK ^V^ said...

terima kasih untuk resepi... berjaya buat.. sedap plak tuh.. ber cara manis saya petang ini...

Khadijah Noh said...

Salam Ramadhan...
Malam ni turn bawak more. Nak buat kueh ni lah.

Siti Aminah Abd Halim said...

Nak cuba lagi la....sblm ni x ingat ambil resepi kat mana...x jadi sangqt

Siti Aminah Abd Halim said...

Dah cuba td...alhamdulillah menjadi