BEN ASHAARI

Saturday, December 17, 2011

KOBIS GORENG CENCALOK.

rsz_dsc_0115
Kobis goreng cencalok?..Biar betul si mat ni, eh betul lahh, masih waras ni, masih boleh berfikir dengan sihat dan masih boleh menderhaka resipi. Biasalah, kita ni ada masak kena lah inovatif, kena R n D kata orang, baru tau hasil dia macam mana. Masak lauk2 ni pada mat agak mudah jika dibandingkan dengan kek. Kalau kek tersilap teknik kemungkinan akan bantat, tapi masak lauk-pauk tak macam tu. Masakan ni simple dan cepat, mat guna cili padi, titik dalam 6-7 biji macam tu, tapi anda boleh guna hirisan cili merah atau hijau. Dan mat perah juga sedikit jus limau kasturi dalam dia. Yang ni pilihan anda, suka atau tak, jika tak nak boleh abaikan. Sebab ada cencalok dan pedas, jadi ok lah ada sedikit rasa masam....Kita lihat resipi pulak...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 biji kobis bulat saiz sederhana
1 cekak kuchai, dikerat
8 biji cili padi, dititik
1 biji bawang besar hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
1/4 cawan isi udang
2 camca besar cencalok, tos dan cuci sedikit bawah air paip
1 camca besar sos tiram
1/4 camca teh gula
1 biji limau kasturi, perah jusnya (optional)
Garam jika perlu
Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kobis dihiris tapi jangan halus sangat, cuci dan toskan. Kucai dicuci, keringkan dan kerat pada saiz sederhana (1 inci). Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan cili padi hingga wangi. Masukkan cencalok dan sos tiram, tumis hingga harum. Tambah udang dan sedikit air. Kacau dan biar mendidih.
  3. Masukkan kobis dan gaul rata. Masak hingga kobis lembut. Masuk kucai, gaul dan masak sekejap. Rasa dan jika perlu tambah garam. Matikan api dan masukkan jus limau kasturi (jika guna). kacau rata dan angkat. Hidangkan panas2 bersama nasi...hmm i likee!!..

6 comments:

JIJI YU said...

bes tak cencalok

Junie Octovian said...

Thanks Mat untuk resepi mudah ini. Akak ada sebotol cencalok yang tak tau nak dibagaikan.
Hari tu dah cuba buat nasi goreng ikut resepi Mat dan esok bolehlah digoreng dengan kobis pulak.

Mat Gebu said...

@jiji - cencalok ni kita kaun kerabat budu juga....

@junie - most welcome puan...kalau tak suka masam puan omit itu limau kasturi yeaa...

Afieza Ariffin said...

Cencalok mmg sedap kan Mat?... tapi yg amat mencabar tu bila nak buka penutup botol cencalok... adoi.. dah tebuk lubang kasi keluar gas pun dia menembak lagi...
Sampai ke siling dia tembak... kalo dah sampai siling.. badan dgn muka lagi jgn cakap ler... agaknya cencalok ni macam tempoyak... kena masukkan dlm peti sejuk baru kurang sket power menembak tu..... thanks for sharing resipi ni mat :D

Amie said...

lamanya tak makan cencalok.....ngences!

Nurhasliza Jeffry said...

Pertama kali dengar resipi ni. Kreatif. :D

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.