BEN ASHAARI

Monday, December 5, 2011

KARI IKAN TENGGIRI DENGAN TIMUN..

rsz_dsc_8782
Malam semua, sibuk ke...mat nak kata sibuk pun tak delah berapa sangat, cuma ada benda2 yang harus dibereskan. Mat pun tak masak apa sangat hari ni, tadi atas permintaan, mat masak kari ikan tenggiri, yang ni simple2 saja. Mat guna ikan tenggiri dan kali ni mat letak sebiji timun dalam dia dan sebiji tomato. Ada orang tak suka kari, tapi mat dalam kategori 50/50..nak kata tak suka..suka...nak kata suka sangat pun tak juga...tapi senang cakap suka..tak kesah lah kari bersantan ke kari ala india ke, kari ala Goa ke...Selain sedap dimakan bersama nasi, ia juga sesuai sebagai pencicih roti canai, roti perancis dan juga lempeng. Selain ikan tenggiri, anda juga boleh guna apa sahaja jenis ikan berdaging. Ikan kembong pun sedap dibuat kari. Lepas makan kari kenalah minum yang ini pulak, bagi menghilangkan kehangatan si kari tadi..kannn...hehe..Ok semak resipi mudah ini...Oh yea, untuk bakal2 yang menjadi ibu, klik sini...khas untuk anda...

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 kepingan ikan tenggiri
1 biji timun
1 biji tomato
2 biji cili merah, belah 2 tapi tak putus
2 biji cili hijau, belah 2 tapi tak putus
1 keping asam gelugor
1 cawan santan
2 camca besar penuh cili kisar
1/2 camca teh serbuk kunyit
2 1/2 camca besar rempah kari*
1/3 cawan air*(*bancuh dan kacau rata)
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN TUMIS :-)
2 tangkai daun kari, dilurut
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 inci halia, hiris halus
1 camca teh halba campur

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan tenggiri dicuci dan toskan. Timun dikerat 4, belah 4 setiap keratan dan buang bahagian tengahnya, tomato dibelah 6. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing. Masukkan rempah kari dan terus menumis dengan api kecil hingga terbit minyak, kacau selalu.
  3. Tuang air dan kacau rata. Bila mendidih masukkan ikan tenggiri dan juga asam gelugor. Tambah kiub ikan bilis dan masak sekejap. Masukkan timun dan juga santan, jika kurang kuah boleh tambah sedikit lagi air. Kacau perlahan dan biar mendidih
  4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Tambah tomato, cili hijau dan merah, Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain.

2 comments:

Cik Pulau said...

sy pun boleh dikatakan 50-50 gak..
hehehe

Sis-Lin said...

Timun? aku selalu masak asam rebus tenggiri je yg letak timun Mat, sedapp kannnnn...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.