BEN ASHAARI

Friday, December 2, 2011

JUS EPAL GREEN LOVE......MELUR JELITA

rsz_dsc_8295
Salam bertemu kembali.....waaaaa..sedapnya, hilang haus. Tak meleleh ke air liur?..Yang ini pun mat buat atas permintaan, pada Melur Jelita sekali lagi...harap berpuas hati lah yea. Ini cuma jus epal hijau biasa, tapi mat letak sedikit susu pekat manis dan juga perwarna makanan hijau epal dan mat kisar sekali gus. Tapis dan tuang ke dalam gelas. Biarkan seketika sehingga jus epal dan susu tadi terpisah seperti dalam gambar. Tapi bila anda nak minum, kacau lah bagi sebati. Jus epal hijau kan ada sdikit rasa masam, dan bila terkena susu dan dibiarkan seketika, ia akan mendadih dan susu akan timbul. Tapi insya Allah anda tak akan sakit perut bila menikmatinya. Kalau nak sedap tambah ais kiub sebelum diminum dan hidangkan sejuk. Ini pun salah satu menu kegemaran watak dalam Novel beliau....Ok lah ini mat tulis resipi mudah ini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji epal hijau (kalau kecik guna 2 biji)
3 camca besar susu pekat manis
400 ml air mineral
3-4 titik pewarna makanan hijau epal
Ais kiub (jika suka)
Secubit garam (sikitttt je)
Air secukupnya (extra)
Epal diterap bentul chenta sebagai hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cuci epal bersih, dan potong kecil, masukkan ke dalam alat pengisar bersama susu pekat manis dan kisar hingga halus. Tapis dan tekan2 sedkit. Tuang dalam bekas dan tambah lagi sedikit air (jika perlu) dan secubit garam serta pewarna makanan. Kacau rata.
  2. Tuang dalam gelas sesuai, jika suka sejuk, letak ais kiub, kemudian berhati2 letak potongan epal berbentuk "chenta" atas minuman anda sebagai hiasan. Hidangkan...

7 comments:

cantekk said...

aduhaiiiii.....mane bole tak tliur ni =D....ohh...~~

Teacher Basariah said...

sedap!!!nak sket..

mas saari said...

sedap dan comel!!

Melur Jelita said...

"... Kasih sayang Allah tiada batas, tiada sempadan, tiada ukuran, tiada sekatan. Bertuahlah kita kalau dapat merasa kasih sayang-Nya. Bertuahlah kita kalau dilindungi di bawah kasih sayang-Nya. DENGAN KASIH SAYANG-NYA, TIADA YANG MUSTAHIL... tiada yang mustahil... tiada yang mustahil."

Terimakasih Cik Mat ..Adnan Ibrahim..terharu ni..x sangka cepat sekali...saya tak perasan ada dua post pulak tu...

MULAN said...

wuiiihh... terangkat biji mata yg dah nak layu ni tengok air epal hijo2...

kena try ni..

Citarasa Rinduan said...

selamat pagi DTS....

bangun pepagi layan kasih sayang DTS buat ASST ku terus terasa kasih sayangnya... POWER!!!!!!

memang sesuai dengan selera intan.. hehehe

ninazsyafinaz said...

Salam Abg mat...arrrggghhh sgt cantek..abg mat semakin bijak dlm edible art..apple hijau ader kat umah beberapa biji..planning nak buat fruit pastry dan apple crumble..Happy weekend abg mat!! :)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.