BEN ASHAARI

Saturday, December 3, 2011

JEMPUT-JEMPUT UDANG GERAGAU..

rsz_dsc_8412
Assalammualaikum, selamat pagi Sabtu semua. Dah sarapan ke?...Hmm sepatutnya mat tak update pagi, tapi tulah kita hanya merancang Allah jua yang menentukan. Sepatutnya pagi ni akan ke Rengit mengikut mak dan abang mat, tapi tiba2 ada panggilan dari sedara mat tadi, dan ada sedara tua kami meninggal dunia...Innalillah.... al-fatihah untuk arwah dan takziah pada keluarga dan waris2 arwah. Jadi kensel lah program ni hari. Ok pagi ni mat share jemput2 udang geragau. Tau apa itu udang geragau? Udang geragau sejenis udang halus yang digunakan untuk membuat belacan dan cencalok. Yang mat tau, udang geragau pun ada jenis juga, kalau jenis laut lepas macam di selat Melaka, udangnya keputihan, kalau di Selat Johor udangnya warna sedikit kelabu. Rasanya sama sahaja cuma yang putih nampak lagi suci...

rsz_dsc_8441
Mat buat dalam 1 1/2 cawan udang geragau, tak berapa nak nampak pulakkan udang dia...huhu. Bagi yang alergi sila makan ubat lepas tu yea. Udang ni selain dibuat jemput2, anda boleh juga goreng dengan sejenis sayur dalam kumpulan bebawang yang kami panggil "lo kio". Udang geragau juga datang dalam bentuk kering dan mat pernah juga nampak satu resipi dulu mereka udang geragau kering dalam pembuatan kuah mi bandung..erkk, macam bess jee kan, nak try buat lah nanti....Blog pilihan DTS hari ini ----> di sini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/2 cawan udang geragau, bersih, toskan dan perah sedikit
1 biji bawang besar, didadu kasar
1 biji cili hijau, hiris
1 biji cili merah, hiris
1 pokok daun sup, hiris halus
1/2 cekak kuchai, hiris
1 biji telur
Garam secukup rasa
2 cawan tepung gandum
1 1/3 cawan air
Sos kegemaran untuk mencicih

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 di atas kecuali air dan garam, gaul rata. Tuang air sedikit demi sedikit dan gaul rata. Tambah garam secukup rasa. Rehatkan 5 minit.
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Jemput kan adunan tadi ke dalam kuali, boleh guna tangan atau sudu. Buat 10 - 12 biji jemput2 sekali goreng, bergantung pada saiz kuali atau pan anda. Goreng dengan api sederhana kuat.
  3. Biar hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian jemput2 tadi, sambil di balik2kan. Angkat dan toskan. Buat kaedah sama pada baki adunan hingga siap. Hidangkan bersama sos kegemran anda. Selamat mencuba untuk semua....Jommm sarapan.

5 comments:

Junie Octovian said...

Thanks Mat sebab bagi idea. Kebetulan akak ada udang geragau sepeket. Boleh buat kudapan sambil menonton filem Hindustan petang ni.

Mat Gebu said...

@ junie - sama2 kasih..alah cuma resipi biasa2 saja..

JIJI YU said...

aisy..cam udang celop tepung la plak

Nina Mirza said...

Alamakkkk .... terliur la plak.
Jemput2 udang geragau antara menu kegemaran Nina sekeluarga :)

Mohd Mukhtar said...

Sedap resepi ni, terima kasih.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.