BEN ASHAARI

Friday, December 23, 2011

HABIS DAH IDEA MAT GEBU....HMMMM...

rsz_dsc_0760
Hujan..sekejap berhenti, sekejap turun. Cuaca pun agak dingin, kalau berpeluh pun peluh dingin, macam nampak hantu gitu. Hari ni agak ketat, bagi tadi On9 skejepa, lepas tu tak de dah..masa penuh dengan benda2 lain nak buat. Blog pun terabai sehari ni..hmm, ntah kenapa tawar hati saja sejak2 ni. Lagi pun idea mat macam dah merudum, rasa macam perlu fikir benda lain. Lagi pun masak yang biasa2 saja. Bukan ada buat kek atau sebagainya. Siang tadi mat ada buat sambal tumis ikan bilis, rasa lama tak makan sambal tumis ikan bilis. Bila ada tu, mula lah teringin nak makan lempeng kelapa. Wahhh, ngada2nya tekak si mat gebu tu. Bercerita pasal lempeng kelapa, ianya kalau nak sedap, guna kelapa muda yang orang guna buat inti. Kalau kelapa yang tua tu tak berapa nak ok, rasa berhampas. Satu lagi parutan dia biar putih, jangan ada hitam2, nanti hasil tak berapa nak molek.

rsz_1dsc_0766
Seperti biasa, mat buat guna non-stick pan saiz 4 inci, suka lah comey2. Dapat dalam 5 keping, kalau anda buat nipis sikit, dapat 6. Mat campur double acting baking powder atau dalam bahasa melayu serbuk penaik dwi-tindakan. Tapi kalau takde guna baking powder biasa pun ok. Buatnya amat mudah. Satu lagi mat tuang sedikit minyak zaitun dalam 1/2 camca teh. Rata dan panaskan. Lepas tu boleh lah melempeng...ok tu je kot sesi merepek mat gebu ini malam...Kita semak resipi mudah ni pulak..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan kelapa parut putih, guna kelapa yang berkulit basah
1 cawan tepung gandum
3/4 camca teh double acting baking powder (atau baking powder biasa)
1 cawan air
Garam secukup rasa
Sos atau sambal tumis sebagai pencicah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan di atas kecuali garam dan sos atau sambal tumis, kacau rata dan tambah garam secukup rasa (jangan banyak, anggaran 1/4 camca teh). Kacau hingga sebati. Rehatkan sekejap.
  2. Panaskan non-stick pan saiz 4 inci (atau ikut apa saiz yang anda ada). Tuang sedikit minyak zaitun (atau minyak masak biasa). Lenser kan, bila panas, sendukkan adunan ke dalamnya, sederhanakan api, tutup permukaan pan tadi, bila permukaan lempeng nampak pucat, terbalikkan dan masak hingga kuning keemasan pada kedua-dua bahagian. Buat kaedah sama untuk baki adunan.
  3. Hidangkan bersama sos kegemaran anda atau sambal tumis untuk minum sarapan atau minum petang...

9 comments:

ZalinZalina said...

Mat buat lempeng nampak gebu aje.. kak ina dah banyak kali buat pun masih kerempeng lempengnya..he he.. tak tahan tengok sambal tumis ikan bilis tu :)

Miss Amateur Cook said...

gebunya lempeng mat! nyumnyum...
^_^

Yatie said...

adoyaiiii sungguh ayu lempengmu itewwwwww....geram je tngk....ujan2 ni mmng sedap makan lempeng...kalau ada yg buatkan lagilah bestttt...

Mama Ann said...

Sedap nampak lempeng Mat ni..Terasa nk makan la...

ShashaCahaya said...

Mmm, saya suka lempeng kelapa ;)

kirat kush0wt said...

mcm tahu2 je kite bru buat lempeng . hahahah !! tp x lawa mcm die punye ni la . kita punye huduhh je .

aimie amalina said...

aduhaiiii
teringat lempeng opah
huhuhuhu

fizza said...

eeee... nampak sedap lempeng en mat. Sambal tumis tu menyelerekanla... anto ler sikit kat sini.

Nanti saya nak cuba la. Frying pan saiz 4" baru jer beli tadi kat giant tak sabo nak cuba...

kakyon said...

tetiba rindukan lempeng kelapa yg emak buat.. sedap!!..huuh

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.