BEN ASHAARI

Thursday, November 24, 2011

TEMPE GORENG BEREMPAH....

rsz_dsc_7496
Selamat pagi..salam Khamis semua. Dah sarapan...Pagi ni mat letak satu entri ringkas dan sebenarnya mat buat semalam. Nak letak semalam, tapi sibuk, jadi letak lah pagi ini, takpekan, tak marah kan. Tempe antara salah satu sumber protein, sebab diperbuat dari kacang soya. Masyarakat Jawa mengibaratkan tempe adalah benda wajib dalam masakan tradisi mereka seperti lodeh, sambal goreng dan sebagainya. Kalau dulu tempe dibungkus dalam daun pisang atau menggunakan daun tempe, tapi kini tempe telah dimodernkan, dibungkus dalam plastik, pada mat tempe asli punyai rasa yang lebih sedap. Jangan lupa hidangkan bersama sambal kicap, baru lah terangkat dan pastikan anda makan selagi hangat untuk menikmati kerangupannya...Blog pilihan DTS kali ni ---> di sini... Masa resipi pula yeaa...jommm..

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 keping tempe (mat guna yang berbungkus daun)
1 putih telur
3 camca besar tepung beras
1 batang serai, ambil bahagian putih dan cincang halus
3/4 camca teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
1/4 camca teh gula halus
1 1/2 camca besar ketumbar*
1 camca teh jintan kasar*
1 camca teh jintan halus*
2 ulas bawang puith*(*ditumbuk lumat)

BAHAN SAMBAL KICAP :-)
20 biji cili padi merah thai
2 ulas bawang putih
1/3 cawan kicap lemak (mat guna jenama Jalen)
2 - 3 camca besar gula

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tempe dihiris layang atau hiris nipis. Masukkan kedalam bekas dan gaulkan bahan tumbuk halus, serbuk kunyit, garam secukup rasa dan gula halus, gaul rata. Masukkan putih telur, gaul dan taburkan tepung beras dalam tempe tadi, gaul lagi hingga tepung rata dan bahan2 melekat pada tempe. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga tempe kuning keemasan pada semua bahagian. Angkat dan toskan.
  2. UNTUK SAMBAL KICAP :- Tumbuk halus cili padi tadi, tambah bawang putih dan tumbuk lagi hingga lumat. Masukkan gula, tumbuk hingga gula hancur. Tuang kicap dan gaul rata. Boleh hidangkan bersama tempe goreng..

17 comments:

JIJI YU said...

yuyu kompom meleleh..

kakchik@ella said...

Uishhhh ... feveret KC ni cik mat.

Mama Iman said...

Mat... sy nak keluar topik skit dari entri kali ni. Dulu saya ada nmpk satu resepi ni. Tp tak ingat apa nama. Gamba dia mcm kacang phool tu. Siap ada telur atas dia. Rasanya mcm nampak kat blog Mat. Makanan tu sedap makan dengan roti perancis kalu tak silap tulis kat situ. Dah puas saya search, tp tak jumpa. Tingin nk masak ni. Tlg ek cik mat kasik link resepi tu. TQ.

Tina Othman said...

nyum nyum, saya mmg suka tempe, tapi selalu goreng kunyit je

Mat Gebu said...

@ mama iman - salam puan..oo yang ini ke --> http://www.tiffinbiru.com/2011/07/kacang-phoolbukankacang-phool.html

ady said...

as-salam mat
menyelerakan tgk tempe berempah tu..sedap ratah2 macam tu aje..

whitecappuccino said...

wah! boleh try resepi baru ni..biasa goreng kunyit jer..nampak pun rangup .

Khumaera Ismail aka Habibi Hamid said...

nyum-nyum...tempe best!

Sally Rashid said...

sedapnya tempe goreng.

Faiz said...

pergghh..lama tak makan cicah ngan sambal kicap..n betul tuh, rasa tempe yg dibungkus daun pisang lebih sedap pada saya

Emma said...

hmm tak payah susah-susah kan, goreng pun sodap

Iffah Afeefah said...

kalau lg nipisss

waaaa nkkkk

La dOLcE mEa_nAtt said...

nyum2 tempe sukeeeeeeeeeeee

Nurul said...

Emm, suka tempe... fav seisi rumah... br jer smlm mkn tempe goreng tp goreng ngan tepung goreng yg ready made... hehe sedap juga klau cicah ngan sambal cili kicap tu yer.... ingat nak buat lg ptg ni... ;)

Roses_Leo09 said...

emmm sedapnya tempe goreng berempah ni. dah lama hanim tak buat mcm ni. selalu letak kunyit ngan garam jer. nak cepat punya pasal + penyakit "M". cicah pulak dengan sambal kicap ........... x boleh jadik ni. balik ni kena buat .....

RASA HATI said...

emmm kena buat ni.....

yuyu Zulaikha said...

arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!! T_T kegemarann saya!!!!!! dah la kat hostel nii!!!!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.