BEN ASHAARI

Friday, November 18, 2011

SELAMAT PAGI.....JOMM SARAPAN DULU...

rsz_dsc_6910
Selamat pagi dan assalammualaikum, dalam pagi Jumaat barakah. Sarapan apa hari ni?..Mat pulak blurr nak sarapan apa, jadi mulalah membuat sesuatu tapi benda biasa2 saja ikut apa ada dalam peti sejuk. Nampak meriah ke? Tapi sebenarnya benda2 biasa, cuma roti bakar, tomato ceri (feberet mat tu, makan cicah garam...perghh..melelehhh), telur hancur dan kepingan ayam bersama keju. Bila bercakap pasal sarapan ni, sudah menjadi kebiasaan orang Malaysia, nasi lemak, mi hoon, roti canai/prata dan kueh-mueh. Kalau disajikan dengan sarapan seperti di atas, mau ada pakcik dan makcik tak nak sentuh, sebab nampak pelik beno gayanya....menyeramkan pun ada..hahaha..

rsz_dsc_6917
Kepingan ayam yang mat gulung tu, anda boleh beli di pasaraya, ada 2, satu keluaran Ayamas dan satu lagi Figo. Mat rebus sekejap dan biarkan sejuk. Roti tu cuma bakar dalam non-stickpan yang dilenser dengan minyak zaitun. Bercerita sedikit pasal tomato, kalau anda nak tomato yang rasa dia sedikit manis, bilih jenis plum tomato, tomato ceri pun ada ada jenis plum, rasa dia sedikit manis an kurang masam. Cara nak makan terpulanglah pada gaya anda, janji masuk perut. Ok mat letak resipi kat bawah ni, tapi cuma resipi mushroom scramble egg....Jomm dan selamat bersarapan pada semuaa...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji telur, dikacau sedikit
3 camca besar susu sejat
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
3 kuntum cendawan butang, didadu
1 biji bawang holland, didadu
1 camca besar mentega

BAHAN LAIN :-)
2 keping roti, dibakar
Beberapa biji tomato ceri
Kepingan ayam
Keju chessdale secukupnya
Sos kegemaran

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan cendawan, bawang, susu, serbuk lada hitam ke dalam telur, pukul rata dan tambah garam secukup rasa. Panaskan mentega dalam non-stick pan, bila mentega cair, masukkan telur, terus kacau dengan sudip hingga telur hancur dan bergentel2. Masak sekejap dan boleh matikan api.
  2. Susun roti bakar dalam pinggan (mat potong pada bentuk 3 segi) diikut kepingan ayam dan keju (mat gulung dan cucuk dengan lidi sate), telur hancur tadi dan juga tomato ceri, paipkan sos atas telur hancur sebelum dimakan bersama bahan2 sampingan tadi..

21 comments:

Munnafendy said...

ala2 western ni cik mat, kalau ayah tengok mmg x di mknnya..nak nasi lemak jgk..hehe

mas saari said...

tak pernah lagi cuba breakfast cam gini... nanti nak cubalah!

~Sya~ said...

wow sedapnya CMG...kalah bfast kat hotel...

mr. ChefOra said...

vine cherry tomato should drop inside hot oil for a second to create more appetite on tomato cherry-info, tq cmg

Wuming said...

Ramainya follower.... tahniah---tahniah... dah tak terfollow..

He..he...he..

Oh Oeya said...

Best ni sarap cenggini.. wong Jowo sukak men heheh ;-)

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

kalau sua depan akak kompem licin matt.. hehe..

oli-go said...

menyelerakan..

Ida,Japan said...

lapar la pulak bila masuk sini dapur che mat ni..simple2 gini mmg sedapp

zinnur'ain the love of my life said...

aduhaii ... sangat simple tapi, mengancam !! ..

Ummi said...

Maaaaaaaaaaaaaaatttt, lawoooo gambar ko amik niiihhh...waaa keleesss ko Jah..eh Jah pulaks...Mat laa...adeeii... Satu peningkatan baik dlm teknik n angle gambar...suka akak tengok! ^__^

Iffah Afeefah said...

ermmm deliciouxxxx

cik cek said...

Menu sihat...western lagi yang ringkas dan sedap...:)

Kak Rose said...

mat, rasa nak tumpang makan sama... boleh ker? atau tinggal piring n cawan jer?

suka sarapan cenggini... kalah 5 star hotel!

ika~~ said...

lapa...lapa...lapa...

Nurul said...

sesekali sarapan ala western pun sedappp juga.... :)

aimie amalina said...

ohhh enaknyeee
amat memikat hati
heheh
tomato ceri
baik utk lapo2
hehehe

FasiHaH SupiaN said...

simple tapi menawan hati...hehe

notyatiblog.blogspot.com said...

ya ampun....kalu dpt kat anak i ni...sure sekali dia mkn ja....sdp gilos ni...tmbh2 ada telo

Mr. Z dan Mis N said...

sedap ni...terliur

Jemputan khas singgah ke blog chegu zubir BLOG CHEGU ZUBIR

Jom singgah SINI sama
Mencari INSPIRASI??Lihat ini pasti ada sukakan ia
TIPS kewangan terbaik dalam terbaik.
Santa 2011 xpakai rusa dah...dia pakai..
soalan killer buat lawyer
Menari???minat ker??jom tengok kumpulan2 ni menari
Libresse boleh jadi anak patung
RM 30 Shopping voucher
beg prada,YSL oercuma utk anda
rm 16 ribu buat yang awal..dan bercuti
Menari bersama SHOWDOWN 2012

Luqman Hakim said...

pergh makan western time pagi hari lagi...terbaik

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.