BEN ASHAARI

Wednesday, November 2, 2011

SELAMAT PAGI SEMUA.....AKU DI GODA!!.....

rsz_dsc_5378
Selamat pagi semua, salam Rabu, jomm sarapan nasi goreng belacan...erkkk..tu je ke sarapan mat gebu..ha ah, aku ni kan recycle benda2 apa yang ada, jangan membazir..betul tak, kata nak jimat cermat. Lagi pun dok kampung ni perbelanjaan kurang sikit, tak sama macam mereka yang dok diam di bandar. Nampak tajuk kat atas tu, "aku di goda"...ha ahh semalam ada sorang ni goda ai okeh..lalalala, heyy mesti lah anak dara..bukan 2nd hand....sori!!..alah budak2 saja nak nakal2 dengan pakcik mat, lagi pun budak tu ada "tok guru" dia yang suruh..."Tok Guru" punn amboihh tak hengat, bocor kang rahsia, sahh kena dera dengan "polis", letak pisau kat leher lagi..perghh!!!. Sarapan ringkas pagi ni mudah dan cepat disiap kan. Tadi mat tanya kat FB, nak tak letak entri nasi goreng belacan kat blog?..Mereka kata letak...jadi mat letak....Pada yang goda mat gebu tu, terima kasih..i lep u too okeh..muahhh!!......ambikk!!..Ooo sebelum tu cer klik sini....mesti ada suka punya lah...

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 cawan nasi sejuk, dikareh (dileraikan)
1 1/2 camca besar udang kering, rendam 15 minit, tos dan tumbuk hancur
2 camca besar sambal belacan*(*cili merah + cili padi + belacan = tumbuk halus)
1/4 traffic light capsicum (merah, kuning, hijau) didadu kecil
2 biji telur, pukul sedikit
Sos ikan secukup rasa
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih hiris halus
Hirisan cili padi untuk hiasan
Hirisan daun sup untuk hiasan
Belahan limau kasturi untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kualim tumis hirisan bawang besar dan putih hingga harum, masukkan sambal belacan dan tumis hingga garing. Masuk udang kering dan sedikit sos ikan, kacau rata dan tolak ke tepi. Tambah telur dan biar hingga sedikit mengeras dan kacau hancur.
  2. Masukkan traffic light capsicum dan masak sekejap. Tambah nasi dan gaul rata, guna api sederhana besar. Tambah sos ikan secukup rasa, masak sekejap dan boleh matikan api. Hias dengan hirisan cili padi, daun sup, bawang goreng dan belahan limau kasturi sebelum dihidangkan...

17 comments:

fRaMe+LenSeS said...

adehh. da lapa da ni.. ehehe

Iffah Afeefah said...

lapa jugak T_______T

Sunah Sakura said...

hahaha..saya tauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu sapa yang goda's tu! tok guru tu pun... polis tu pun...ahahahahhahaha

ninazsyafinaz said...

Fulamak makan nasi goreng ..minum oren jus..mmg ubat lawas nih. Abg Mat ader lagi tak nasi goreng tuh? kecek sikit.

Sari Yusa Ibrahim said...

nasi goreng resepi turun-temurun ni CMG

Munna said...

atooooiiii sedapnya cik mat...lapa nasik dh ni =.=*

siti aisya said...

cantik semua gambar2..abg Mat pakai camera jenis apa?

Isteri Encek Bard said...

SERIUS SANGAT LAPAR NIE.. HUHUHUU

putERi-kAtEk said...

ouch!!!! malu aiii

JIJI YU said...

sapa tak tergoda

PrinceszChantique said...

Cik Mat, Kiter x penah lagi buat nasi gorng belacan yg lawa camni..Dulu Mak selalu belasah bubuh belacan bakar je bila nak buat nasi goreng belacan, di samping bahan2 yg lain tu..eh! nak try yg Cik Mat nyer resepi lak..nampak meletops!!! :)

Ujang9897 said...

nak goda gak la..hahaa

Oh Oeya said...

Sedap!

Sedap!

Sedap!

:)

zihan said...

sedapnyer!!!

MULAN said...

nak jugak mat..!!!

aimie amalina said...

aduhaiiiiiiiiiii
sedapnyeeela rupa muuuu =]

Farihah said...

cik mat gebu guna jenama sos ikan jenama ape ek.. tak tau la yg mana yg sedap.. :)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.