BEN ASHAARI

Wednesday, November 9, 2011

OLD FASHION BEEF STEW....

Salam semua, dah santap?.. Kali ni kita lihat resipi lain sikit, tapi ada juga yang dah biasa. Memandangkan raya korban ni kita dapat daging lembu segar, ada tu dapat berkilo2 juga lah. Mat pun dapat juga, jadi, ni hari mat culik 500 gram daging pejal tu dan buat stew..apa itu stew?.. Stew ialah sejenis hidangan rendidih yang terdiri dari daging pejal yang dimasak bersama kentang, lobak merah, saleri yang dipotong kasar serta ditambah herba2 tertentu. Masakan ini pada tradisinya mengambil masa 5 - 6 jam. Hidangkan bersama roti, tapi kalau suka, boleh juga hidangkan bersama pasta...alah kan kita buat dia, jangan lah terlampau terikat dengan resipi, kalau kata makan dengan roti...mesti nak makan dengan roti, ikut apa yang anda rasa serasi. Satu lagi, mat masak stew ini guna periuk tekanan..jimat masa!!..

rsz_dsc_5976
Dalam pembuatan stew, ada beberapa benda yang harus ada, dan kalau resipi asal mereka akan letak wine, tapi itu bukan alasan kita tak boleh mencuba..dan sudah pasti lah wine atau benda haram tu kita abaikan. Antara bahan2 perlu untuk memasak stew, ialah "bay leaf", paprika serbuk dan "bouquet garni" (seperti dalam gambar diatas). "bouquet garni" tu menda pulak, aneh jee...kalau nak tau bouquet garni ni kita macam rempah sup bunjut, tapi versi oreng puteh lahh. Satu sachet tu terkandung beberapa jenis herba yang telah disatukan, antaranya parsley, marjoram, thyme, rosemary dan bay leaf. Benda tu semua mat beli kat Tesco dan jenama Tesco juga, lagi pun murah sikit. Psst...anda pengguna iklan Nuff ke, ada tips kat sini....serius bukan tipu punya.... Jomm semak resipi pulak..

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram daging pejal, dipotong kiun pada saiz sederhana besar
4 camca besar tepung gandum
3 camca besar mentega
2 helai bay leaf
5 kuntum bunga cengkih
1 sachet "bouquet garni"
1 camca teh serbuk paprika
1 camca teh penuh serbuk lada hitam
2 batang saleri, potong kasar2
1 batang lobak merah, potong kasar
2 biji kentang, dadu besar2
1 biji bawang besar, belah 4
3 ulas bawang putih diketuk
1 camca besar kicap cair (resipi asal guna "worcestershire sauce")
1/2 camca besar kicap pekat (nak bagi warna)
1 camca teh gula
Garam secukup rasa
1/2 camca teh jus lemon (mat tak letak)
Air secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging dicuci, tos dan lap kering dengan paper towel. Kemudian gaul dengan tepung gandum. Carikan mentega dalam non-stick pan, dan goreng daging bersalut tepung tadi hingga perang pada semua bahagian. Alih daging dan semua bahan dalam pan tadi ke dalam periuk. Tuang air secukupnya (biar banyak2 sebab nak renihkan lama)
  2. Tambah bay leaf, bouquet garni, bawang putih, bunga cengkih, serbuk paprika, serbuk lada hitam, bawang besar, kicap cair dan kicap pekat. Masak hingga mendidih, kemudian kecilkan api dan renih hingga daging empuk (kalau anda ada slow cooker, boleh guna), tuang air panas jika kering.
  3. Bila daging lembut, masukkan gula, lobak merah, kentang, saleri dan sambung merenih hingga kentang dan lobak lembut. Tambah garam secukup rasa dan jika suka masukkan jus lemon. Masak hingga kuahnya nampak pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama roti atau pasta. Hias dengan hirisan daun parsley jika suka.

10 comments:

Sis-Lin said...

mata aku ni kroo...td perasan beef stek..hahaha rupanya beef stew..kekekke

mkn daging byk sangat le ni, sampai dh rabun aku ni.. :p
Aku lum prnh cuba..nnti nak try lee..nk kena cr bende alah daun tu la ek...

aDisH.sHidA said...

meleleh eeeeeeeeeeh tengok.....makan panas2 sedap nie...

ok lepas nie dah tau dah paprika nyer botol cmne...leh cari d tesco hehehe

Iffah Afeefah said...

Tetibe lapor pcm

aimie amalina said...

wahh
daging korban ada ni, bole terai =]

Tina Othman said...

wah bestnya, nak ambik lah resepi ye, tima kasih

nam@along said...

CMG..sy x pernah masak stew..makan pun x pernah..mcm nak cuba masak lak..pinjam resepi ye..

bersama kak Es said...

yang versi old fashion...
kak es teringin fashion yg latest ...yg kuahnya pekat dan letak baked bean tuuu... CMG ada tak resepi , tolong up satu entry blh? ( daging byk lagikannnnn ) tolong eh :)

sha my heart said...

baru tau macam ni rupanya stew. ingatkan stew tu sup.

mama ju, said...

Aslkm

Tahniah, MG sentiasa dihati org Msia!
Sayang MG.

Scarlett O'Hara said...

Sedapnya!Tq share resipi ni.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.