BEN ASHAARI

Tuesday, November 29, 2011

LONTONG...OHH...LONTONG...

rsz_dsc_8041
Salam Selasa 29 hb November 2011 masehi bersamaan 3 Muharram 1433 Hijrah. Syukur kita dapat bertemu lagi pagi ini, dengan denyut nadi dan menghirup udara yang sama (tapi kalau yang duduk kawasan perindustrian tu, mungkin udara sikit lain lah kan...erkk..sori). Mat sebenarnya macam..macam..arghh tak yah bagi tau lahhh.. Kali ni nak share entri biasa2 yang menjadi sarapan orang2 Johor, tapi bagi yang berdiet ini memang bukan untuk anda, cuma kalau nak juga boleh lah oter guna susu segar untuk kuah lodeh tu atau 50% santan dan 50% susu. Tapi rasa mesti lah lain, tak sama dengan yang guna bahan2 asli. Satu lagi kan kuah lodeh ni ada banyak versi, ada tu style masak lemak biasa, dan ada tu bertumis dan diletak sedikit rempah ratus dan serai serta lengkuas yang dititik....

rsz_dsc_8043
Tapi mat rasa macam tak lengkap, sebab serunding tak de. Sambal pun mat dapat buat sikit saja. Sebenarnya mat masak untuk bonda berbuka puasa semalam. Dan mat letak entri hari ni. Masak lodeh ni kalau dibiarkan beberapa jam rasa dia lagi sempurna tapi rupa paras sayuran dia kurang lawa lah, sebab dah dipanaskan. Masakan bersantan wajib anda panaskan terutama jika lauk yang anda senduk awal tadi tidak habis dan kita campur balik dalam periuk. Jika tidak ia akan mudah rosak atau basi. Masakan bersantan kalau basi dia akan jadi pekat, bertali dan timbul buih2 halus pada permukaanya, disamping bau yang agak tidak sempurna. Kalau macam tu, buang saja dan jangan cuba2 makan, dikhuatiri akan mendatangkan kemudaratan pada anda. Cer baca entri ini...hmmm

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/4 biji kobis bulat, hiris cuci dan toskan
1 batang lobak merah, hiris ikut suka
1 biji sengkuang saiz kecil hiris jejari
30 gram fucuk @ tauhu kering, potong kecil dan rendam
8 tangkai kacang panjang, hiris serong
2 keping tempe, didadu kecil
2 keping tauhu keras @ taukua, didadu
1 cekak soo hoon, kerat dan rendam hingga lembut
1 batang serai, dititik
1/2 inci lengkuas, dititik
Santan cair seckupnya (anggaram 1500ml)
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit
1 1/2 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
3/4 camca besar ketumbar biji
1/2 camca teh jintan halus
1/2 camca teh jintan kasar

BAHAN LAIN :-)
Nasi impit secukupnya
Telur rebus, dibelah dua
Sambal tumis
Sambal kacang
Serunding

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis serai dan lengkuas hingga harum, masukkan bahan kisar dan tumis hingga terbit minyak. Tuang santan cair dan masukkan lonak merah, sengkuang dan tauhu kering (toskan). Kacau dan masak hingga lobak sedikit lembut. Tambah bahan2 lain, kacau rata, dan biar masak sekejap.
  2. Tuang santan pekat, tambaj garam secukup rasa dan secubit gula. Kacau perlahan dan biar mendidih dengan api sederhana. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. UNTUK LONTONG :- Letak nasi impit secukupnya dalam mangkuk sesuai, tuang kuah lodeh secukupnya bersama isi2nya. Letak 1/2 bahagian telur rebus, tambah juga sambal tumis @ sambal kacang dan serunding. Hidangkan samada untuk sarapan atau makan petang....








10 comments:

Yatie Awang said...

suka jugak makan lontong ni, tapi tak pernah buat lagi, boleh cubalah nanti

kakchik@ella said...

lamanya tak makan lontong. teringin sgt2 ,, nak buat tak berbaloi. meh sepiring cik mat ..

EriN HairudiN said...

cantik warna sambal che mat...rasa pasti lagi sedap... suke!

Kak Rose said...

Mat!!!! ngences kak rose dah ni....lama x wat nih!

Oh Oeya said...

Aii punyer lodeh style 'beli' CMat.. hik3.. alahhh.. cam tak biasa je ekekeke :D

JIJI YU said...

pedasa tak

Chah said...

lontong mmg all time feberet saya cik mat...pi mamp*s la diet ke hapa, janji yg nyamannnn kat tekak naga ni...sedapnya tu, buh sambal bilis banyak2...rendang lagi, serunding lagi...wusshhh!!!

Iffah Afeefah said...

erm suke

tp mood ke laut

penaGlow said...

arwah nenek selalu buat ni tp tk pakai myk langsung..main humban jerk..tk tau la cmne dia masak tp aku tau mkn jer...mertua plak tumis bhn..sedap tp both sedap, ada kelainan tersendiri...

Choco Ani said...

Isk isk last skali mkn lontong masa raya tu ari.. arghhh bla nak wat ni hmmm :D

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.