BEN ASHAARI

Tuesday, November 8, 2011

GULAI UDANG DENGAN BELIMBING BULUH.

rsz_dsc_5851
Selamat pagi semua. Nampak aneh ke, sebab pagi lagi mat dah letak entri masakan berat. Hari ni mat masak awal, mat gulai udang dengan belimbing buluh. Udang ni jenis udang kaki merah atau udang pengantin. Satu mat perasanlah kan, udang yang dari lautan dan udang yang dibela ada berbeza dari segi rasa. Udang bela, berbeza rasa sebab corak pemakanan dia berlainan. Udang kaki merah rasa ia manis dan harga mengiktu saiz. Amat popular ketika menjelang tahun baru cina. Anda boleh masak mengikut resipi yang anda ingin kan, sama ada kari, rendang, sweet sour atau apa saja. Masak lemak dengan belimbing antara hidangan popular di Johor. Selain belimbing, anda juga boleh gantikan dengan timun. Psttt klik sini kejap...dah?..Ok kita sambung cerita.. ^__^..Satu lagi bahan utama, serai dan daun kunyit anda jangan lupa, kalau nak letak daun limau purut pun ok, cuma daun kunyit tak payah letak. Sesuai dihidangkan pada jamuan rasmi atau biasa. Jomm semak resipi pulak....

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram udang bersaiz besar (mat guna udang kaki merah)
10 - 15 biji belimbing buluh
2 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
1/2 inci lengkuas, dititik
1 keping asam gelugor
800 ml santan cair
350 ml pati santan
Garam dan secubit gula

BAHAN KISAR HALUS :-)
3 biji cili merah
8 biji cili padi (optional)
1/2 inci kunyit hidup
8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji buah keras
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Udang dibersihkan, cuci dan toskan. Belimbing buluh dibelah 2 tapi tak putus, setiap biji. Ketepikan.
  2. Masukkan udang dalam periuk, bersama serai titik, asam gelugor dan juga bahan kisar, gaul rata dan masak hingga udang bertukar warna. Masukkan santan cair, kacau dan bila mendidih, masukkan pati santan.
  3. Tambah daun kunyit, garam secukup rasa dan secubit gula. Masak dengan api perlahan sambil dikacau selalu. Akhir sekali masukkan belimbing, masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain.

13 comments:

Liza said...

salam CMG...wahh sedapnya gulai udang ngan belimbing buluh ni...

Tina Othman said...

sedapnya cik mat, nak sikit

EnY YuSniZaR said...

arghhhhhhhh melelehhhh air liur saya ;p

Cikgu Nana said...

aduuuuuh ngencess, kalau dengan belimbing buluh tu dengan ikan belanak pon menjadik jugak...
mau 3 kali tambah huuuu....sambal belacan jangan lupa :)

saffiya_aleesya @ echa said...

tengok je lauk ni tetiba perut rasa lapar huhuhu

Sis-Lin said...

besarnya udangggg...sedapnyaaaaa..

Alycia said...

sedapnyaaaaa..

~~DAPUR KECIL KU~~ said...

tadi nampak ryo yg masak udang ni cik mat pulak hai mcm mana tak nak langgar pantang.asyik pantang nampak aje mesti nak masak gak

atie aizam said...

comel mangkuk tu.. :)

akuanakpahang said...

Salam CMG.. lama kita singgah bz sokmo... Semoga anda ceria sentiasa.

JunAina said...

teringat belimbing buluh dalam peti ais yg hubby bawak balik sabtu lepas...

haniaiman said...

eeehh...sedapnya..nak sikit!

bersama kak Es said...

mak aiiihhhh...lagi beso udang dari mangkuk !!! ngencesss tgk si belimbing yg tersepit tu :)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.