BEN ASHAARI

Friday, November 4, 2011

GULAI BABAT DENGAN REBUNG MADU.

rsz_dsc_5716
Salam, baru sempat ber on9 nih. Petang tadi sibuk sikit, beli barang2 dapur untuk...untuk...erkk, adalahhhh. Hari ni masuk hari ke-2 bonda berpuasa. Mat agak blurr nak masak apa, buat check up dalam freezer sekali nampak babat atau perut lembu jenis tuala. Selalunya babat dibuat kerabu atau digulai lemak cili padi bersama rebung masam, aduhh pengsan..tang kolestrol tu satu hal pulak. Cuma kalau letak rebung jeruk, mat ingatkan, bau dia agak menyengat sikit, tapi sedapp. Untuk kali ni mat letak rebung madu, kalau dapat yang segar lagi sedap, tapi yang ni kira dan jeruk sikit cuma belum sampai tahap "pengsan". Serai harus lebih bagi mengimbangkan rasa rebung, babat dan cili padi, serta dilebihkan sedikit rasa masam, mat letak 4 keping asam gelugor. Pstt anda nak menang voucher membeli belah tak...besar woo nilai dia, tak caya boleh tengok sini....berbaloi mencuba. Entri pilihan DTS malam ni ---> di sini...Terima kasih..

BAHAN-BAHANNYA :-)
700 gram babat @ perut tuala (beli yang dah siap dibersihkan)
300 gram rebung madu, potong dan kelar2 halus tapi tak putus
4 batang serai, dititik
4 keping asam gelugor
800 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1/3 cawan cili padi kampung (ikut suka nak kurang atau lebih)
1/2 inci kunyit hidup
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Babat dipotong pada saiz sederhana, cuci dan toskan. Masukkan ke dalam periuk bersama rebung, bahan kisar halus, serai dan asam gelugor. Gaul rata dan masak hingga mendidih. Tuang santan cair, kacau rata.
  2. Bila mendidih, kecilkan api dan renih hingga rebung lembut, babat tu akan lembut juga tapi ia akan kekal kenyal. Tuang pati santan dan tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Biar masak dengan api sederhana sambil dikacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan...

5 comments:

Chah said...

Cik mat...apa beza rebung madu ngan rebung biasa? Yg saya tau jenis besar tu n yg kecik2 pokokpun daun halus2...tupun sbb kat rumah mentua saya ada tanam.. Yg kecik lg sedap n manis dr yg besau tu.. Yg madu?

Citarasa Rinduan said...

cik mat...
ayu baru nak cari babat.......
fuhhhhhhhhhh

Zyanne Alli said...

Sedapnya Che Mat...nak sikit....klu ngandung sure meleleh air liur ank bila keluar nanti....

ann said...

wahh... kecur ayaq liur nengok..

bersama kak Es said...

kalaulah selera kak es cam dulu...mmg terus masak gulai ni skrg jgk!!

tunggulah lps bersalin nnti huhuhu

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.