BEN ASHAARI

Saturday, November 5, 2011

ASAM PEDAS IKAN PARI DENGAN NENAS.

rsz_dsc_5730
Salam Sabtu...hmm, mat ambik sedikit masa terluang ni untuk letak entri di blog. Tapi entri ulang tayang. Pagi tadi awal2 mat masak asam pedas...erkk asam pedas lagi, huhu, apa nak buat dah orang suka, kalau cakap banyak nanti gaduh macam ini pulak..erkk takmoo lahh. Mat campur nenas sebagai pengimbang rasa. Bila kita bercerita pasal asam pedas ni, ada macam kaedah memasaknya, tapi bahan utama mesti lah ikan segar, itu yang menyebabkan asam pedas kita sedap. Kalau suka beraroma herba, boleh tambah daun kesom atau bunga kantan. Selain letak nenas, boleh guna letak bendi, terung dan sawi jeruk. Nak tambah sedikit lada hitam pun ok, cuma mat tak letak, seba ada yang tak boleh makan pedas sangat. Kalau anda guna ayam pun ok juga masak macam ni.. Blog pilihan DTS kali ini ---> di sini..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg ikan ketul pari
1 biji nenas madu, hiris
1 genggam daun kesom
2 senduk nasi penuh cili kisar
1 cawan jus asam jawa
3/4 camca teh serbuk kunyit
Garam dan sedikit gula (atau serbuk perasa pun ok)

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 bij bawang besar, saiz sederhana
4 bij bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan pari dipotong pada saiz sederhana. Cuci dan perap dengan jus limau nipis dan sedikit garam selama 10 minit, cuci kembali dan toskan. Nenas dihiris sederhana tebal. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan serbuk kunyit dan cili kisar, tumis hingga garing, guna api sederhana dan kacau sentiasa.
  3. Tuang air, kacau dan biar mendidih. Masukkan ikan pari dan nenas, tambah jus asam jawa dan masak sekejap. Masukkan daun kesom, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula jika perlu atau serbuk perasa. Biar mendidih sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain..

9 comments:

Nabila Medan said...

lapar pulak tgok gmbr tu..huhu =.=

Iffah Afeefah said...

Ada nenas
kelainan ni

bersama kak Es said...

letak nenas mmg sedap .... :)

DJ said...

kecur liur dah ni. Rasa2 nk buat gaklah ptg ni. Mmg sedap sgt kalau ltk nenas. Salam aidul adha buat CMG sekeluarga.

CIK CHIPSMORE said...

hyee..niee akk owg melaka ker?/sebb selalu nye masak asam ikan pari nie dtg dari melaka..heheh...cite sal ikan pari..meh laa bace entry aye nie ttg ikan pari kene rogol...heehehe

http://waneey89.blogspot.com/2011/11/balasan-tuhan-disebabkan-merogol-pari.html

Cik Kamoo said...

sedapnye asam pedas nie dengan mangkuk bunga kangkung tu lagi...nampak cantik je

ladyzamea said...

wah sedappp nya!!!
***

selamat hari raya cik mat gebu..
tima kaseh tak terhingga sbb
sudi follow blog sy..terharu sampai
parkinson..

dgn bangganya sy tulis pasal cik mat kat blog sy..
jgn marah yer...heeee

JIJI YU said...

malam ini..ittew wat kuzi jewwww

Suzana Ismail said...

semalam dah cuba. jadi terus asam pedasku. terima kasih banyak2 ye.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.