BEN ASHAARI

Sunday, October 30, 2011

TUMIS PEDAS PUCUK PAKU MERAH..

rsz_dsc_5079
Entri kali ni cuma nak kongsi masakan mudah dan sayurnya pulak mudah didapati, samada beli di pasar tani atau pasar basah atau pun boleh petik sendiri. Ianya sejenis sayur kontan yang banyak tumbuh di kawasan2 tanah lembap, terutama tanah jenis gambut. Pucuk paku merah sedap digoreng pedas atau masak lemak dengan keledek. Selalunya pucuk muda yang warna kemerahan hingga sedikit kehijauan saja yang diambil. Bila memetik pucuk paku, guna pisau lebih memudahkan kerja, tapi berhati2 sebab kawasan mungkin agak semak...

Semalam tu kami petik disatu kawasan seperti gambar diatas, ni kira area2 Batu Pahat...Adehh, panas2 buta nih..nak beli bukan tak boleh, tapi kan memetik sendiri dia ada satu keseronokkan dan kepuasan, tapi bagi mereka2 yang kurang biasa, mat sarankan beli saja lah...habis cerita. Ok kita semak resipi mudah ni.. Kalau senang cuba tengok sini kejap... ^__^

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cekak pucuk paku merah, asingkan dari tangkai, cuci dan toskan
1/2 camca besar sos tiram
1/2 cawan air
1 biji bawang besar hiris halus
Garam secukup rasa

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
7 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
15 biji cili padi
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan sos tiram dan kacau rata. Tuang air dan masukkan sedikit garam. Biar mendidih.
  2. Masuk pucuk paku tadi bersama bawang besar hiris, gaul pantas, masak dengan api besar. Rasa dan tambah garam jika perlu, masak sekejap dan matikan api. Hidangkan panas..

14 comments:

Luqman Hakim said...

wah sayur penuh...tak minat..haha

Mat Gebu said...

@ luqman - erkk..yelah ni lauk2 orang kampung....organik ni, takde racun serangga..

Sunah Sakura said...

kami panggil ini midin

mamikelate said...

pucuk midin...buat bubur lambuk, ulam...

Lya Colours said...

pucuk ni memang banyak tepi jalan
tapi takut nak kutip. sebab area2 semak kan. risau plak kot ada binatang2 yang tak di jemput tersembul keluar. huhuhu so beli je la jawabnya

JIJI YU said...

ramai yg tak kenal pucuk paku...

Mr.Baiz said...

hye MG...
nak tya la pucuk paku yang merah ni memang boleh makan yer?sebab masa kat kampung saya biasa kutip pucuk paku hijau je..yang merah saya biar kan je..sebab ade orang cakap tak boleh makan..hihi..neway..nampak sedap yang MG masak ni..terasa perut ni dah mula kerongcong...

Azwani said...

pucuk ni kalau kat kampung saya dipanggil pucuk midin kot, kalau tak silap l. mak saya dulu selalu letak dlm bubur nasi.

Arina said...

Akak biasa masak lemak putih pucuk paku merah ni, lepas tu buat sambal belacan dan goring ikan masin.....perghhhh.....mak mentua lalu pun tak nampak....

liemaopurut a.k.a ana said...

CMG,
kitrg adik beradik dolu2 selalu gak masuk semak cari pucuk paku merah ni.memang seksa tapi keseronokan mencari tu tak dapat di gambarkan. lagi best biler di masak dengan bubur lambuk pahang.

Ryo Azhar said...

kitorang pangging midin gak.sedap kalau campur udang galah jugak.dah lama tak petik..hihi

aima said...

ya..pucuk miedin, wat bubur lambuk....

~Sya~ said...

baru je mak sy buat 2 minggu lepas...mak panggil ni pucuk midin...sedap mcm pucuk paku

hajar said...

mcm kat area kg saya jerk gambo kat bawah tu... ni mesti kat bawah pencawang elektrik kan?

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.