BEN ASHAARI

Tuesday, October 18, 2011

SINGGANG ASAM IKAN MERAH...

rsz_dsc_3831
Salam senja semua, dah tutup tingkap dan pintu, kata orang2 tua masa2 macam ini, syitan dan iblis sedang berkeliaran, tak elok bagi rumah yang ada anak2 kecil, tu kata orang2 tua lahh..tak paksa suruh caya. Entri kali ni mat nak share satu resipi yang kira melambak sekali dalam blog DTS, nama je ada tu lain2 tapi bahan2 semua hampir sama. Singgang asam ikan merah ni atas permintaan bonda, mungkin tekak dia kurang sedap jadi singgang lebih sesuai, mat pun suka lah masak macam ni, selain cepat, lepas tu ia lebih ringan. Mat tumis sedikit bahan2 dia, bukan apa, cuma nak bagi naik bau bawang dia. Mat titik kan juga cilipadi. Kalau anda nak ganti dengan belahan cili hijau atau merah pun boleh. Mat letak 2 keping asam gelugor saiz besar, sebab nak bagi rasa masam. Anda yang tak suka masam, boleh letak sekeping saja. Ikan tu pulak boleh guna apa2 sahaja ikan pilihan anda, kalau nak guna ikan parang pun sedap, tapi awas, ikan parang tak sesuai untuk kanak2, tulang dia tu menyelirat...bahayaa... Ok kali ni kira bertandang pula ke satu blog pilihan DTS, di sini.... sudi2kan lah yea..Terima kasih......

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 ekor ikan merah saiz kecil @ 1 ekor siaz sederhana
2 batang serai, dititik
1 inci halia, dititik
4 ulas bawang putih, dititik
4 biji bawang merah, hiris
1/2 camca teh serbuk kunyit
2 keping asam gelugor
1 kiub pati ikan bilis maggi (optionl)
10 biji cili padi, diketuk
1 batang leek, kerat dan rendam
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan disiang, bersihkan dan jika besar kerat pada saiz sederhana. Panaskan sedikit minyak dalam periuk tumis hirisan bawang merah, halia, bawang putih, serai dan serbuk kunyit hingga harum. Tuang air secukupnya (yang ini anda agak2 lah yea nak banyak mana).
  2. Bila mendidih masukkan asam gelugor, cili padi, leek (toskan) dan kiub ikan bilis (jika guna). Masukkan ikan dan tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Kacau perlahan dan biar mendidih hingga ikan masak. Rasa dan jika ok, boleh matikan api. Tabur daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan...

5 comments:

JIJI YU said...

gitu kaler singgang johor eh

Kalamhati said...

macam sup ikan ke rasa dia pcm?
kalu singgang ikan pantai timur putih je..=)

Ms Ef Abas said...

baru suruh maid baca resepi dan cara-cara membuatnya sb tak sempat nak ajar secara praktikal. nasib baik maid educated dan pandai "mencara". ni untuk menu malam esok.

♥♥Cikngah♥♥ said...

sdpnya........

aimie amalina said...

weeeeee
masak singgang sedaaaap
smp bile pon sedap
nyummmy =]

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.