BEN ASHAARI

Thursday, October 6, 2011

MUSIM SWISSROLL DATANG LAGI.....

rsz_dsc_2804
Salam malam semua, dah mula nak tidur ke?. Apa kata sebelum tu cuci mata dulu dengan entri terakhir DTS untuk hari ini. Lepas mat buat Swissroll serunding ayam tempoh hari, mood nak roll datang lagi, tapi mat memang guna tepung instat atau tepung optima atau ada juga yang panggil sponge mix. Ada yang tanya tu hari, tak pecah ke nanti kalau gulung. Insya Allah tak pecah, cuma perlu berhati2 sikit lah. Mat guna kertas minyak untuk menggulung kek. Inti dia terpulang pada citarasan anda. Mat guna jem raspberry yang mat campur dengan whipping cream...Hoo?..boleh ke, hehe, biasalah derhaka beb..tapi kan sedap, dia ada rasa masam, manis dan berkrim.

rsz_dsc_2832
Satu lagi, perihal corak tu, terpulanglah pada anda nak mencorakkan apa pattern sekali pun. Mat cuma dot2 kan sedikit adunan yang telah diwarnakan merah, lepas tu lorek kan sehala, konon2 bentuk chenta..lalalalala..haha. Satu lagi, yang ni mat guna tin 10 inci x 10 inci x 1 inci, kek akan nampak naik tinggi, tapi nanti ia akan turun sedikit, dan takdelah tebal sangat. Resipi dia mudah saja...jommm..

BAHAN-BAHANNYA :-)
150 gram tepung optima/sponge mix
3 biji telur gred B
30 ml air
30 gram mentega, dicairkan dan biar sejuk
1 camca teh esen vanilla
4 camca besar jam raspberry*
3/4 cawan whipping cream yang telah diputar (pakai yang siap guna dalam tin)
Sedikit pewarna makanan merah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, lanser tin berukuran 10 inci x 10 inci x 1 inci dengan mentega, alas dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar tepung optima, telur dan air hingga rata dan sebati, kemudian putar pada kelajuan tinggi selama 7 - 8 minit. Masukkan mentega cair dan gaul dengan spatula hingga rata. Asingkan 3 camca besar dan letak pewarna merah, kacau rata dan masukkan dalam plastik bersih.
  3. Tuang baki adunan ke dalam loyang, ratakan. Kemudian paipkan bancuhan merah tadi mengikut corak yang anda ingin kan, samada dibuat corak marmar atau apa yang anda suka.
  4. Bakar selamat 15 - 20 minit hingga permukaan kek kuning. Keluarkan dan alih ke atas jaringan. Bila sejuk sedikit. Terbalikkan kek ke atas sehelai kertas minyak yang bersih. Pastikan bahagian corak berada dibawah. Sapu jem raspberry + whipping cream tadi rata2 dan gulung kemas. Biar sekejap dan boleh dipotong..

10 comments:

aimie amalina said...

pakcik mat dh berjaya buat mimi lapa!
waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

rahel said...

em bestnye...sodap tu..

kakchik@ella said...

buat swissroll eh cik mat? Kakchik lak baru lepas buat hips roll*aerobik ler*Hihi.

Zulfikar Hazri said...

mkn ngan kopi kaw kopitiam ah tek sedap niiiii

ikatankasihku said...

amboi. gebunya kek ni

JIJI YU said...

kemain lagi gebu

Irish Daneeya said...

slm..tumpg tanya,en.mat tak perlu letak gula ke pada adunan ni..or i ada missed kt mana2 ek..tq

Lady Rina said...

nk try la nanti..nampak sedap....

Isteri Encek Bard said...

kaler swiiss roll ni seksi dan emnawan

laskar pelangi said...

waaaa...sedap ni....

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.