BEN ASHAARI

Sunday, October 16, 2011

LEMAK PUCUK UBI DAN DAUN BEBUAS...

rsz_dsc_3626
Selamat petang semua, assalamualaikum,..hmm kali ni entri yang ringkas2 saja. Pagi tadi plan macam2, tapi bila tiba air paip takde terus kensel. Cuma atas permintaan, mat kenalah masak satu masakan. Dan ini pestime mat masak lemak pucuk ubi yang digandingkan dengan pucuk daun bebuas. Ini satu masakan kampung sebenarnya. Masakan macam ni, hidangan sampingan dia amat mudah, ada sambal belacan dan ikan goreng atau ikan masin, sudah memadai, nak meriah tambah lagi dengan telur asin, kalau telur dadar cencaluk pun kena. Nak lagi nampak mewah ala2 kaya raya...tambah ayam goreng berempah..pergh..lama2 meja semua penuh. Itu cuma cadangan saja...ok jomm semak resipi...sebelum tu mat tertarik gambar2 kat blog ini, walaupun amatur tapi ada cerita tersendiri....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak pucuk ubi
1 cekak pucuk bebuas
1 camca besar penuh udang kering, rendam, tos dan tumbuk halus
1 liter santan cair
300 ml pati santan
1 biji cili merah, hiris
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pucuk ubi diasingkan dari tangkainya, cuci dan celur sekejap, toskan, biar sejuk dan hiris kasar. Pucuk bebuas, diasing dari tangkainya, cuci dan tos. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, masukkan pucuk ubi, udang kering, hirisan bawang besar dan bawang putih, kacau rata dan tuang santan cair. Masak hingga mendidih. Masukkan daun bebuas, kacau dan masukkan pati santan, kacau rata.
  3. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau dan masak dengan api sederhana sambil dikacau selalu. Bila daun bebuas lembut, rasa kuahnya dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas, sambal belacan dan ikan goreng/ikan masin..

7 comments:

Iffah Afeefah said...

Untungla jiji

Tihara said...

tertarik dengan daun bebuas tu..ada tanam kat rumah, tp bese buat ulam je encik mat..tq resepi ni :)

suhaina laui. said...

daun bebuas tu macam mane erk?

JIJI YU said...

muehehe..jiji tersenyum leeee

Isteri Encek Bard said...

walaupun makan pucuk ubi berangi, tapui sayur2 kampung ni salah satu faveret ieb cmg... cicah sambal gesek ala noghori sembilan emmang sodap.. hihihi

Kalamhati said...

KH tak penah jumpa daun bebuas ni..

zonejb said...

selamat sejahtera En/Cik/Tuan/puan. kami telah mewujudkan 1 blog iaitu SENARAI BLOG-BLOG MALAYSIA. kami masih baru lagi di sini.maka kami masih mencari lebih banyak lagi blog-blog untuk di masukkan kedalam blog kami. untuk permulaan blog En/Cik/Tan/Puan telah terpilih dan telahpun di masukkan kedalam blog kami. oleh itu kami meminta jasa En/Cik/Tuan/Puan untuk memasukkan blog kami kedalam bloglist En/Cik/Tuan/Puan. di sini kami sertakan link blog kami iaitu:-

http://bloglistmalaysia.blogspot.com

sila maklumkan kepada kami sekiranya En/Cik/Tuan/Puan telah memasukkan blog kami kedalam bloglist En/Cik/Tuan/Puan.

kerjasama En/Cik/Tuan/Puan amat kami hargai

terima kasih

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.