BEN ASHAARI

Wednesday, October 19, 2011

KARI IKAN TENGGIRI.....RINGKAS DAN MUDAH.

rsz_dsc_3970
Selamat petang semua, dah makan?..Ok entri untuk kali ni mat cuma nak share resipi kari ikan tenggiri yang ringkas. Mudah dan cepat disediakan. Kalau kita sebut kari, mesti terbayang bau haruman rempah ratus yang menggoda, bau haruman daun kari rasa kelemakkan kuah yang bergabung dengan rasa pedas, masam dan rasa rempah yang unik. Selain kari ayam dan daging, kari ikan juga tidak kurang hebatnya. Bergantung pada ikan itu sendiri, jika ikan segar dari laut, kari akan jadi lebih sedap. Kepelbagaian boleh kita buat dengan menambah sayur2ran dalam dia. Macam hari ni mat guna bendi dan tomato, kalau anda nak letak terung pun ok juga. Satu lagi, perihal asam, ada yang guna asam jawa, ada juga yang guna asam gelugor. Yang ini pun terpulang. Hari ni mat guna asam jawa...ok kita lihat gambar bawah ni pulak...

Bagi mereka yang tak pasti macam mana lah rupa ikan tenggiri, mat sertakan dengan gambar sekali. Gambar tu bukan mat punya, tadi mat pinjam dari blog ini..Terima kasih.. Ehh, jangan kata semua orang tau macam mana rupa paras ikan tenggiri, terutama bagi kaum lelaki, lagi lah yang dah jadi suami..lalalaa..ehem ehem, yelah mereka dalam erti kata sebenar bukan tak tau cuma tak perasan. Ikan tenggiri yang ni lah mat guna untuk masak kari....ok, jom semak resipi pulak....Blog pilihan DTS kali ini ---> di sini....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ikan tenggiri saiz sederhana, kerat ikut suka, bersih dan toskan
10 batang bendi muda, cuci dan toskan
2 biji tomato, belah 3 setiap biji
1 cawan santan
1/2 cawan jus asam jawa
3 1/2 camca besar rempah kari ikan (mat guna jenama Baba's)
1 camca besar penuh cili kisar
4 biji bawang merah, kisar halus
3 ulas bawang putih, kisar halus
1 kiun ikan bilis "maggi" (optional)
1 inci halia, kisar halus
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMIS :-)
3 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
2 tangkai daun kari, dilurut
1 camca teh halba campur

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bancuh rempah kari dengan 1/2 cawan air bersama bawang merah dan putih kisar, kacau rata hingga menjadi pes dan ketepikan. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing. Masukkan rempah kari, tumis hingga terbit minyak, gunakan api kecil dan kacau selalu.
  2. Tuang air, kacau dan biar mendidih. Masukkan ikan, kiub ikan bilis (jika guna) dan bendi, kacau perlahan dan bila mendidih, masukkan jus asam jawa dan juga santan. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak hingga bendi lembut.
  3. Akhir sekali masukkan tomato, masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi hangat..

11 comments:

JaSSNaNi said...

Selamat petang CMG.. sblm balik rumah nak tengok umah mat.. masak kari yer.. nyum nyum... sedapnye.. boleh la nak wat cuma balik ni bei santan je.. dah leh wat.. :D wowww..

JIJI YU said...

laa gitu ikan tenggiri rupanya

aDisH.sHidA said...

semalam mak wat gulai ikan apa ntah...eh eh gulai tu kari erk....suka sangat2 kari....tp shida makan kuah nyer saja

Kalamhati said...

kari mcm ni KH paling suka..tho ringkas tp ummpphh!

Eyriqazz said...

yummmy...sedapnya..dahla blom dinner lagi ni..huk3

aimie amalina said...

hehehhe
mama bawu buat tgh ari tadi
weeeee
sedap kot!

putERi-kAtEk said...

fuyooooooooooo blog pilihan tuuuuu!!!
mekasih mekasih!!! hehehehe

Sue @ Nenie said...

Salam CMG..saya dah cuba resipi ni semalam..sedap....masak pun simple jeee....Thanks shareresipi kat sini

Anna Rozana said...

Terima kasih CM me many sedap resipi ni.

Anna Rozana said...

Terima kasih CM memang sedap resipi ni.

rie said...

Baru nk buat ni moga2 sedap hihi

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.