BEN ASHAARI

Monday, October 31, 2011

GULAI SIPUT SEDUT.....HMMM SEKSINYA BUNYI!!...

rsz_dsc_5180
Assalammualaikum, selamat tengah hari. Dah makan?...Yelah hari2 Isnin ni mesti ramai yang sibuk. Mat masak siput sedut ni hari, tapi yang mengerat dan mencuci dah pasti bonda lakukannya. Gulai siput sedut kira salah satu masakan orang2 melayu kita sejak dulu. Kebiasaanya dimasak lemak dengan batang keladi, tapi ada juga yang buat asam pedas atau ditumis begitu sahaja. Mat kalau siput ni masak ikut perintah tuan yang terutama, dan kebiasaanya masak macam dalam gambar tu tapi takmo pedas..huhu, kalau tekak kita orang suka pedas. Siput sedut biasanya sebelum masak, kita akan tabur hampas kelapa dan biar semalaman, siput tu letak dalam besen dan tutup permukaannya dengan tapis dan tindih dengan benda berat, jangan tak tutup, mau kang siput merayap, tengok2 esok siput semua tatau mana sudah pergi. Tujuan meletak hampas kelapa tu, supaya, siput tadi akan makan dan akan mencuci kekotoran dalaman, dan kita nak makan pun tak delah rasa "segan"...sebelum mat tulis resipi, jom kita tengok ini..yelah kata rakyat Malaysia kan....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg siput sedut
1 paket batang keladi (beli yang dah siap disiang, ada jual di pasar tani atau pasar basah)
2 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit
1 keping asam gelugor
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 1/2 inci isi ubi cekur (optional)
1/2 inci kunyit hidup
2 biji buah keras
1/2 inci belacan
2 biji cili merah
10 biji cili padi (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Siput dicuci bersih, kemudian kerat hujungnya, kerat pada senggan yang ke-3. Buat hingga siap, cuci dan toskan. Batang keladi, dicuci bersih tos dan celur sekejap dalam air mendidih bergaram dan diletak sekeping asam gelugor. Bila lembut sedikit, tos dan ketepikan.
  2. Masuk siput dalam periuk bersama bahan kisar halus, serai dan asam gelugor, masak hingga mendidih. Kemudian tuang santan cair, kacau rata dan biar mendidih. Masukkan batang keladi dan santan pekat. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau perlahan dan biar mendidih.
  3. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain..

18 comments:

fRaMe+LenSeS said...

slurpppppp.. burpppp. ahahaha. pebret Nadh.. tak aci la camni PCM... huwaaaaa

Sis-Lin said...

waaa meriah la bunyi muzik sedut kat dapur tu yek..hehehhe

sedapnyaaaa lama x makan siput ni, tp klu beli 5kg nak sepitnya aduhhh malasssnyaaaa

Isteri Encek Bard said...

sroot sroot lah hari ni kat umah pcm... PCM siput sedut ni meang sangat sedap.. IEB kalau balik johor slelau suruh mak masak asam pedas pekat2 campur batang keladi.. memang sedap, tapi kat kl tak pernah jumpa orang masak siput sedut maska asam pedas nie...

Luqman Hakim said...

huhu my feberet ni..hehe

Mamasya said...

Aslmkum CMG

Lama tak mkn siput sedut....suka gulai lemak gini.tq CMG kongsi tip cara bersihkan siput...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

mmg best gulai siput sedut ni.. feberet!! ini siput air masin kan mat? kalau kt kg mertua akak (yg jauh dr laut tu).. kat sana org msk siput sedut air tawar (siput sungai). bentuk dia lebih kurang sama jer cuma agak panjang sikit.. tektur kulitnya licin takde menggerutu & warnanya hitam gelap.. dr segi rasa akak rasa sama sedapnya.. akak pernah msk siput sungai je.. yg laut ni tak pernah lg masak sendiri.. itupun.. serupa gak mcm mat bab mengerat & membersihkan siput2 tu.. mertua akak la yg buat.. hihi.. tu pasal tak berani nak beli siput laut & msk sendiri sbb 'segan' nak kerat montot siput tu.. kikiki..

Sunah Sakura said...

hari ni....saya cuba elakkan diri dari pergi blog2 masakan....tapiiii.... T_____T sejak pagi tadi da terpergi.....

JIJI YU said...

tau tak siput sedut apa makanannya

Nannie said...

aslmlkm Mat ,
tu dia dah keluaq dah siput sedut chott chottt sedapnyaaa telan ayaq lioq saja la akak nengok sedapppnyeeee

Noor Adibah Binti A.Latif said...

Siput sedut!! eee.. sedap nyeee.. hehehehe!!
hari isnin, mama ngan abah keja. jadi kita buat asam pedas ayam ajeee!! nengok siput sedut nie. terliur plakkk... hahaha

Faz Abas said...

I like! Dulu masa kecik2 selalu pergi mengutip siput ni kat pantai/ laut depan rumah. Kalau dapat banyak, pasti siput ni mak buat masak rendang. Rindu zaman dulu2...

geez said...

Kegemaran mr hubby. Sekila bleh habiskan sorg. Mmg dasyat. La ni dh bjangkit kat anak sulong sy, xlsrat nk sedut kt dia... ",

geez said...

*sekilo
*xlarat
(",)

norhidana said...

alahai siput sedut...blh bt termimpi2 mlm

Si BuDaK KaChAk said...

wahhh....sedap3....bru lps mkn smlm...mak masak...tapi takde batang keladi...tapi still sedap....terbaekkkkk......!!!!

aimie amalina said...

srooot
srooooot srooooooot jelah bunyi kan
nyum2

hehehehehe

Nazz@Purple said...

ni menu favourite org kg nazz sg siput perak..huuhuhuhu

Scarlett O'Hara said...

En MG.Pinjam gambar siput ni.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.