BEN ASHAARI

Wednesday, October 5, 2011

CUCUR KELAPA...BUAT LEPAS KEMPUNAN..

rsz_dsc_2650
Salam, mungkin entri terakhir malam ni, dan mungkin juga tidak, tengok lah ikut mood. Sekarang ni masa tak berapa nak konsisten lah. Jadi ikut lah masa yang sesuai yea, kalau sempat siang...sianglah...kalau sempat petang tak pun malam. Kali ni nak letak entri cucur kelapa. Dari semalam ni mengidam nak makan, sebab kan batuk, jadi kenalah lupakan. TAPI, pagi ni dengan gelora nafsu yang tak bley tahan. Mat gebu telah melanggar pantang, aku buat juga, huhu, dapat makan sikit pun jadi lahh buat lepas kempunan, kang aku lari masuk batu belah batu bertangkup....ha sapa susah...uikk sorang pun tak susah...adehh sabar jeelah..

rsz_dsc_2660
Lepas tu kan, cucur ni mat makan pulak dengan belen sambal tumis semalam..waaaa..tak sedau diri, nasib baik dah baca bismillah, jadi tiba2 tersedar diri. Kena pulak cuaca mendung, berangin dan nak hujan, hmm sesuai sangat lah melayan perasaan sambil makan cucur kelapa, tapi tak delah guna set royal, sebab masakan melayu kita guna set PML (pinggan mangkuk lama) yang nampak melayu sudah lah kan. Kalau mat tak letak resipi ok tak?..Ada tak yang kata aku cuma nak tayang gambar je?..hmm sebab cucur kelapa ni satu benda yang biasa, semua orang boleh buat, memandangkan ia akan nampak cacat kalau tak letak, resipi takpelah mat tulis sekarang....

BAHAN-BAHANNYA :-)
350 gram kelapa parut putih, guna kelapa kulit basah
400 gram tepung gandum
1 camca teh baking powder
Garam secukup rasa (kasi lemak2 sudah memadai)
1 1/2 - 2 cawan air (yang ni agak2 lah yea)
Sambal tumis atau sos kegemaran sebagai pencicah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan bahan2 diatas kecuali air dan sambal/sos pencicih. Kacau rata dan tuang air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair atau pekat. Rehatkan sekejap.
  2. Panaskan minyak untuk menggoreng, sudukan 3/4 camca besar ke dalam minyak panas. Buat 10 - 12 biji bergantung pada saiz kuali anda guna. Goreng hingga kuning keemasan, menggunakan api sederhana. Angkat, toskan dan letak atas beberapa helai paper towel. Buat hingga siap.
  3. Hidangkan bersama sambal atau sos kegemaran, samada untuk sarapan atau minum petang...

9 comments:

Fatin Mraz said...

cucur kelapa?
saya suke.saya suke.
tapi x pernah buat sendiri..
suka yang mak saya buat! ;)

aDisH.sHidA said...

sedap nie makan time panas2 diwaktu hujan....macam nak suruh mak wat lah malam nie

Amie said...

Assalamualaikum Mat,
tengok gambar pertama cucur kelapa dengan minuman panas...sedapnya, turun ke bawah ada pulak sambalnya... lagilah sedapppp! teringat zaman dikampung dululah mat...makan ramai-ramai sekeluarga.

JIJI YU said...

hamboi..sambal tauhu

anymz said...

ermmmm..dah lama tak buat cucur kelapa nih..harus upah org gak panjat kelapa muda ni kang..issh..mat ni buat org terliur je lah mlm2 nih...:))))

Mat Gebu said...

@ fatin - tak pe, suruh mak buat, air tgn ibu lagi sedap..

@ Datin shida - sesuaiii sangat hujan2 makan benda ni..

@ amie - kalau kita makan ramai2, yang kurang sedap pun terasa sedap semacam..licinnn..

@ jiji - alaa, yang biasa2 saja anakanda..

@ anymz - kak, kalau kat kampung senang sikit kan nak cari kelapa kulit basah nih. Selalunya kami kan kalau dapat, parut semua lepas tu pack dalam plastik dan freezer kan...

Melati Qistyna's Mummy said...

PML pon curlasst CM...ehehhee..... Terliur plak memlm ni.... Sok nak try lah, nak kena bl baking powder dl... :)

aimie amalina said...

cucur kelapa?
nape cm 1st time je dengo
aiyaaaaak..hehe..nasib mai sini sokmo
tawu la jugak cucur simple dan sodap nihhh
hehehe
nasib bce bismillah ye pakcik mat
kekeke

Oh Oeya said...

Oh! Giler sedappp ;-)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.