BEN ASHAARI

Wednesday, October 26, 2011

CINNAMON ROLL @ ROLL KAYU MANIS..

rsz_dsc_4662
Salam semua....amacam, baru balik beraya Deepavali ke...sah makan maruku kan. Malam ni letak entri roti, memandangkan musim roti macam nak kembali lagi, maka mat pun buat lah roti. Tadi masa mood malas datang, tiba2 teringin nak makan roti kayu manis atau cinnamon roll. Terus melambakkan bahan2 yang sepatutnya ke dalam breadmaker, pilih setting untuk doh, tekan on dann lepas 1 jam 30 minit, doh pun siap, makan berjalan lah proses meng roll itu doh menjadi roti yang tembam dan lembut....

rsz_dsc_4704
Teknik buat dia sama macam tuna roll, cuma kita ganti dengan brown sugar yang digaul dengan serbuk kayu manis dan tambah kismis (tapi mat guna mix fruit sebab kismis habis). Sapu mentega cair atas doh sebelum gula ditabur. Gulung macam swiss roll dan gulung ketat2...kerat 10 bahagian dan susun dalam paper cup bersaiz 4 inci. Kalau anda nak nampak berkilat, boleh sapu dengan apricot jem yang dimasak dengan sedikit air suam, sejurus roti masak, tapi mat tak nak sebab nanti jadi manis....Malam ni nak ajak anda lihat keunikan masyarakat Malaysia di sini.....nice okehh...kata 1 Malaysia kan....

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
1 camca besar penuh (mat guna susu "everyday")
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 g lemak sayur (shortening)
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
5 biji ceri merah, dikerat dua setiap biji, untuk hiasan

BAHAN TABUR :-)
1 1/2 camca besar mentega, dicairkan
3 camca besar gula perang (brown sugar)*
1/3 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan gaul rata2)
1/2 cawan kismis,

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
  2. UNTUK CINNAMON ROLL :- Tabur tepung pada meja kerja, keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Tekan2 dan canai sehingga menjadi 4 persegi (tabur sedikit tepung jika melekat). Sapu dengan mentega cair, tabur dengan gula perang+serbuk kayu manis tadi rata2. Akhir sekali ratakan kismis. Gulung seperti swissroll, gulung ketat2. Kerat dengan pisau tajam kepada 10 bahagian sama besar.
  3. Isi setiap potongan dalam paper cup bersaiz 4 inci, tekan sedikit biar leper dan hias dengan sepotong ceri merah. Buat hingga siap dan perap 45 minit. Sapu telur (baki dari 30 gram tadi) rata2 dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit. Keluarkan dari oven dan sapu dengan baki mentega cair. Biarkan sejuk dan boleh hidangkan.... Selamat mencuba.

11 comments:

MamaFaMi said...

Kalau buat roti ni kat rumah ni, rasanya reject kot. Dia kalau ada spices je, terus tak jalan. Tapi ko punya cinnamon memang cun la Mat.

Mat Gebu said...

@ mamafami - maa, rumah saya ok je cuma bak yang tak nak, kalau makan dia komplen kata rasa jamu orang bersalin..sabar jee aku...

Iffah Afeefah said...

Ecah cakap ini kek haha

nonierahman said...

comel jer cinnamon roll tue,mcm muka tersenyum,idong merah gitu :)

JIJI YU said...

nama die punye le pelik..cam nama cici

butterflyana said...

tengah-tengah malam niiii

lapar jugak niii

gulp!

Nieza said...

cantik cinnamon roll ni...hmmm lamanya tak meroti:)

Sunah Sakura said...

wah~ menggoda's sekali!

Emma said...

hmm favourite saya ni abang mat...hadoi..terus laparrr

kakchik@ella said...

Yeayyy .. yg ni pun nak jugak nanti ye cik mat ..

pembekal mutiara said...

nak buat kejap lagi,tp taknak letak KAYU MANIS..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.