ASAM TUMIS TEMPOYAK....PENGSANNN!!

rsz_dsc_2473
Bertemu lagi, tadi mak belek2 folder gambar makan2, sekali teringat satu resipi yang lupa dimasukkan ke blog, walaupun ia nampak biasa2 saja tapi mat rasa perlu juga share kat sini, sebagai koleksi peribadi mat. Sebenarnya blog masak2 ni selain kita share dengan mereka2 yang berminat, ia juga menjadi rujukan kita sendiri. Bagi yang tak makan tempoyak tu mat minta maaf lah yea, anda boleh omit atau cuba cari resipi lain yang seakan2, ada dalam blog DTS ni. Mat guna ikan kembong tapi anda boleh guna apa sahaja ikan yang anda suka, tenggiri, tongkol atau ikan merah pun sedap.....Masa resipi pulak...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 ekor ikan kembong, siang, cuci bersih dan toskan
2 batang serai, dititik
1 helai daun kunyit disiat
6 - 7 biji terung telunjuk, belah 2 dan rendam (optional)
1 keping asam gelugor
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
1 1/2 camca besar tempoyak

BAHAN KISAR HALUS :-)
25 biji cili padi kampung
1/2 inci kunyit hidup
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, masukkan serai dan bahan kisar halus, tumis hingga harum. Masukkan tempoyak dan kacau rata, guna api kecil. Tambah air, kacau rata dan masukkan asam gelugor.
  2. Bila mendidih, masukkan ikan dan terung telunjuk (toskan), kacau perlahan dan perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Tambah daun kunyit dan masak sekejap lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi..

Post a Comment

11 Comments

  1. Pagi tadi pun KC ingat nak masak Asam Tempoyak tp sebab stok tempoyak takda, so Asam Rebus je le.

    ReplyDelete
  2. Sedap tu CMG, resepi2 mcm ni bagi kita mungkin biasa2 sahaja tapi berguna utk generasi akan dtg.. contohnya Kak Yatie, bila ank bujangnya duk jauh dr maknya, dpt merujuk resepi yg kita nmpk biasa2 tu.. kan...

    ReplyDelete
  3. saya tempoyak die hard fan!
    hahahahaha
    sukeee ahh dgn menu nihhh!
    hayooo
    tangkap leleh dh aihhh

    ReplyDelete
  4. tadi sambal petai kerang, sekarang masak tempoyak. adoiii kecurnya. dah banyak hari tak makan sedap2 sebab sakit perut.

    ReplyDelete
  5. aduh... terliur sudah... sllrrpp... :)

    ReplyDelete
  6. Sedapnya. Saya suka sangat tempoyak ni ;)

    ReplyDelete
  7. wah.....sedap tu..
    kebetulan plak pagi td duk sebut2 nak masak tempoyak...sekali CMG dah mendahului.....oooowhhh terasa enaknye tekak ;p

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.