BEN ASHAARI

Friday, September 9, 2011

SUP TELUR DAN KENTANG....FEBERET AKU..

P1300965
Assalammualaikum, salam semua..maaf sebab hari ni mat tak sempat nak berblog, ni baru sempat on9. Hari ni mat menerima kunjungan dari Ady Budika dan 2 orang rakan beliau serta sorang blogger UTM, Sunah. Terima kasih mat pada mereka dan minta maaf jika terkurang layan dan terkasar senda gurau. Ok berbalikpada entri hari ni, sebenarnya ini mat masak semalam, dan baru ni berkesempatan masukkan ke entri. Masakan mudah menjadi pilihan kita lepas2 raya ni kan, memandangkan ramai orang pun agak kurang sehat, dengan batuk, selsema dan sebagainya. Lauk2 ringkas macam ni lebih sesuai dan menyelerakan lagi2 bila diganding bersama ikan masin dan sambal belacan... waaa pengsannnn >_< ..ok kita semak resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji kentang, kupas, dan potong 8 setiap biji, rendam
30 gram fucuk, potong kecil dan rendam hingga lembut, toskan
1/2 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam hingga lembut
4 - 5 biji telur
1 liter stok ayam @ 1 kiub pati ayam "Maggi"
Air secukupnya
5 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
Serbuk lada hitam secukupnya
Garam secukup rasa
Hirisan daun sup untuk hiasan
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  • Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis hirisan bawang merah dan putih hingga harum, masukkan kentang (toskan) dan kacau rata. Masak sekejap, kemudian tuang stok ayam. Tambah sedikit lagi air jika perlu. Bila mendidih, perlahankan api.
  • Bila kentang 1/2 empuk. Pecahkan telur, satu persatu tapi pastikan, ianya tidak bertindih antara satu sama lain. Kecil kan api dan masak hingga telur mengeras. Kacau perlahan2. Tambag fucuk (toskan) dan jika perlu tuang sedikit air.
  • Masukkan soo hoon, tambah garam secukup rasa dan juga serbuk lada hitam. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan bersama nasi, sambal belacan dan ikan goreng/ikan masin.

9 comments:

CIK PARO! said...

Dulu biasa buat time2 student..

JIJI YU said...

kalo mmber wat mase stadi dulu rasa pelik sgt2

Myra Jay said...

Wahhh my feveret too.. :)

Mudah dan sedap.. :-)

leyzajamil said...

enak bangat sih..
makanan simple tp berkhasiat utk buat badan berpeluh.

Pink Lavender said...

ni lah yg slalu sy masak time sahur...
then tambah sambal n ikan masin..
semangat giler sahur...hahahah...

WaniGhani said...

simple tp masyuk..boleh ratah ajee

Nadia Adnan said...

Sedap dan mudah . Terima kasih utk resipinya :)

Fika Zakaria said...

kadang-kadang tekak teringin nak makan sup, sup ni memang umph! Cik Mat tq la sumbang resipi2 simple untuk we all ore bujang.

hayati abdullah said...

menu hari ni.. sedap!!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.