STRAWBERRY CHEESECAKE UNTUK SEKIAN KALINYA.. - Dapur Tanpa Sempadan...

Sunday, September 18, 2011

STRAWBERRY CHEESECAKE UNTUK SEKIAN KALINYA..

DSC_1538_picnik
Salam pagi Ahad semua, aduhh, ngantuk gilerr semalam, jam 11 lebih mat dah tidur. Semalam mat menerima kunjungan Sunah dan teman2, Cikgu Areef serta beberapa orang blogger anak-nak muda, yang tu nanti kita cerita dalam entri akan datang yea. Tapi kali ni untuk sekian kalinya mat nak share kek keju stroberi atau dalam bahasa henggerisnya kita panggil "strawberry cheesecake". Seronok juga buat cheesecake ni, tapi sebab mat tak boleh makan benda ni sangat, jadi buat bila ada majlis2 sahaja. Kalau makan tu jamah2 ok lah kot, kalau hadap 1-2 keping kang, mau kolestrol aku semua naik mendadak. erkkk..hehehe. Plan asal mat nak buat blueberry cheesecake, blueberry untuk hiasan atas tu takde dah, habis, kat kedai baking berdekatan pun takde, apa2 pun sedap lah kek keju ni....tak caya taknya mereka yang datang dan makan semalam...haa kan ada yang angguk pala... ^_*

DSC_1591
Untuk resipi ni mat guna 500 gram cream cheese..wahh kaya raya kan, tapi ada juga resipi kek keju yang guna 700 gram keju krim..pengsannnn >_< , guna tin springform 9 inci. Selalunya mat biarkan sejuk dalam tin, kemudian simpan dalam peti sejuk 3 - 4 jam sebelum dikeluarkan dari tin. Bab mendeco tu kan ikut kreativiti masing2, jangan terikat dengan idea yang terhad. Sebiji kek ibarat sebuah rumah kosong, terpulang pada anda nak menghiasnya, cuma kalau nak deco tu kita pandai2 lah agak, jangan over doing it, kang kek jadi kereta berhias pulak. Jom semak resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram cream cheese
50 gram gula halus@gula kastor
250 ml whipping cream
5 bijitelur, gred B, asing kuning dan putih
120 gram tepung halus (tepung gandum pun ok)
1 1/2 camca teh strawberry emulco
100 gram gula halus@gula kastor
1/4 camca teh cream of tartar (boleh ganti dengan jus lemon)

BAHAN HIASAN ATAS KEK :-)
350 gram strawberry segar
Gula ikut tahap kemanisan (mat guna dalam 2 camca besar)
1/2 cawan air
1 camca teh jus lemon (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Lenser acuan spring-form berukuran 9 inci dengan mentega. Balut luar tin dengan aluminum foil. Asingkan 5-6 biji strawberry untuk hiasan dan 4-5 biji lagi didadu. Ketepikan.
  2. Putar cream cheese hingga lembut, tambah 50 gram gula halus dan putar lagi hingga sebati, masuk whipping cream dan putar rata. Tambah kuning telur satu persatu, pada kelajuan sederhana, masukkan tepung dan masukkan strawberry emulco, putar sebati. Ketepikan.
  3. Dalam mangkuk pemutar yang kering dan bersih, putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan cream of tartar atau lemon jus, putar hingga kental.
  4. Gaulkan putih telur tadi dalam no. 2 secara kaedah kaup balik, hingga rata dan masukkan strawberry yang didadu, gaul rata. Tuang dalam tin tadi, ratakan. Bakar dalam oven menggunakan kaedah "water-bath", iaini dengan meletak tin kek tadi ke dalam loyang dan tuang air panas kurang lebih 3/4 cawan. Bakar selama 1 jam 15 minit, atau hingga masak.
  5. Kek akan mengecut sedikit bila masak. Sejukkan dalam peti sejuk 3-4 jam (mat sejukkan semalaman), keluarkan dari tin dan hias mengikut krativiti anda...
  6. UNTUK HIASAN ATAS KEK KEJU :- Masak semua bahan2 untuk hiasan dengan api sederhana hingga larut. Sejukkan dan boleh sapu atas kek tadi sebelum dihias seperti dalam gambar...

27 comments:

  1. comel je buh biskut jari wanita aka biskut tiramisu tu..tul tu cmg pd sy kalau nk hias atau deko pd hidangan ke apa pastikan mende2 yg kita gunakan tuk mendeko tu leh di makan..membazir je kalo xboleh di makan kan..hias lawo2 tp xmkn..tinggal bersepah atas pinggan..ish2

    ReplyDelete
  2. cantiknya....
    uk! alahaiiiii....
    pengsannnnn!!! terus akak... @^@

    ReplyDelete
  3. rasa nak nanges sebab x dpt join semalam

    ReplyDelete
  4. salam,

    mmg sedap!!! hehehe... sampai semua berebut nak tapau, hehehe... tq cik mat for this special cake... :)

    ReplyDelete
  5. fengsannnnn....terus...gluppp sesambil telan air liur...teruja sgt...cantiknye cm...mantoppp!!!!

    ReplyDelete
  6. tambah lagi satu orang pengsannnnnn......!

    ReplyDelete
  7. cik mat,
    kebetulan saya ada starwberry fresh baru bealik cameron. kebetulan teringinm nak makan ciskek. kebetulan berkenan deko cik mat ni. tinggal nak dapatkan kebetulan 'kerajinan' macam cik mat je.. fuh..fuh..

    ReplyDelete
  8. nmpk sgt sedap ...cam mudah je cik mat buat.

    ReplyDelete
  9. Baru2 ning buat CMG punya resepi yg chilled manggo cheese kek tu.. memang jd.. tqvm..sgt2.. yg ni harus dicuba pulak..

    ReplyDelete
  10. dah lama teringin nak buat tapi xjadi2 sebab xberapa pandai sangat

    ReplyDelete
  11. Ya Allah sedapnya tengok kek tuh~ nak jer rasanya..

    ReplyDelete
  12. speechless betul lah..
    cantik sangat..

    ReplyDelete
  13. Salam, 1/2 cawan air tu guna waktu bila? tq

    ReplyDelete
  14. abg mat, sorry yek cos baru terjumpa blog abg mat setelah berbulan2 mencari hehe (igt lg tak dgn family tok su yg dtg dr tebrau ari tu? sy salah sorg dr mereka hehe)...lps ni buleh minta ilmu resepi2 ni yek..hehe

    ReplyDelete
  15. sedap walau rasa sedikit sahaja.....

    ReplyDelete
  16. sedapnya tengok kek ni... abg mat, nak tanya sikit. Lauk untuk orang perempuan sedang berpantang selain dari sawi masak bening dengan ikan bakar kosong, ada lagi tak lauk lain untuk perempuan yang berpantang ni? terima kasih abg mat...

    ReplyDelete
  17. santri, nak tolong jawab.. boleh makan ikan masak pindang/singgang juga..

    cik mat biskut ke kat tepi tu...tu yg buat lg sedap tu...mengancam...

    ReplyDelete
  18. gulpppp..dan gulpppp..huhuh.lawanya...kalo mkn xtaulah camana sedapnya..

    ReplyDelete
  19. salam che mat....kalu cheese cake ni,kena pakai api atas bwh ker,api bwh jer??sy pakai oven jenis pensonic..tq

    ReplyDelete
  20. sodap... selalunya tgk cheese cake biasa jer

    ReplyDelete
  21. Mat mummy peminat U tau,
    recipe u all best lah mat, cheese cake ni pon look soo nice n yummy, mummy tag ye mad....(:
    thanks

    ReplyDelete

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.