SERUNDING KELAPA UDANG KERING..

P1300910
Salam semua, bertemu kembali di pagi hari raya ke-3. Sekejapnya kan, mat pun macam tak punya banyak masa untuk on9, huhu, bila malam siap berkemas2 semua, mata mula berat. Ok lah entri kali ni mat letak resipi serunding kelapa udang kering yang mat buat setiap kali lebaran, resipi berasal dari Temasik ini telah mat kekalkan bahan2nya tanpa menderhaka sedikit pun. Rasanya dan baunya cukup harum dengan aroma daun limau purut. Satu yang perlu dititik beratkan ialah kelapa parut, harus gunakan yang berkulit basah, danh parutannya kalau dapat biarlah putih melepak, itu kalau parut sendiri. Kalau di kedai, kita minta lah jasa baik mereka lakukan macam yang kita perlukan. Ha, ni satu lagi, kalau di pasar2 tu, ada kelapa parut yang putih, anda jangan tertipu, kadang2 tu kelapa tua, depa pi parut jadi jelita sampai kita ingat kelapa kulit basah yang sesuai dibuat serunding atau inti. Akhirnya nanti inti atau serunding rasa seakan2 hampas kelapa...hmm cerewet ke?...apa2 yang kita lakukan bergantung pada pengalaman dan pemerhatian serta pembacaan...ehh, ingat memasak ni tak perlu ke benda2 tu semua...silap yeaa...sila tanya mereka2 yang pakar..betul ke tak apa mat tulis....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji kelapa kulit basah, parut putih*
1/3 camca teh serbuk kunyit*(*digaul rata)
3 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan, tumbuk halus
2 camca besar cili kisar (atau lebih jika nak pedas)
8 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci lengkuas*
3 batang serai, hiris halus*
1 camca besar penuh ketumbar biji, disangai*
1/2 camca teh jintan kasar, disangai*
1/2 camca teh jintan halus, disangai*(*dikisar halus)
1/4 cawan jus asam jawa
3 helai daun limau purut
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kelapa parut yang telah digaul dengan kunyit tadi disangai dalam kuali selama 2-3 minit, angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan udang kering, tumis hingga terbit minyak, guna api sederhana. Masukkan garam secukup rasa gula (selalunya serunding agak manis sedikit) dan daun limau purut dan jus asam jawa. Kacau rata dan biar masak sekejap.
  3. Masukkan kelapa tadi dan gaul rata, masak dengan api kecil sambil dikacau hingga serunding tadi kering dan ringan, tapi masih lembap. Angkat dan sejukkan.

Post a Comment

6 Comments

  1. Simple recipe but nice...thanks 4 sharing cik Mat..

    ReplyDelete
  2. tok saya mmg suka buat serunding udang tiap2 kali raya.. kdg2 dia letak ikan masin yg dah digoreng, tumbuk2 sket dan campur... perghhh... mmg terangkat!

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya abang Mat...saya ada buat serunding kelapa udang kering ikut resepi abang Mat tu, memang sedap....saya nak tanya sikit, macam mana cara-cara nak lipat mini popia yang letak serunding ini..teringin nak buat kat rumah, dah cuba tapi tak jadi..

    ReplyDelete
  4. ini bestnye kalau ada geng utk nasi ambeng...peghhhh..meleleh...

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.