BEN ASHAARI

Tuesday, September 20, 2011

BILA MASAK SECARA "PAKSA"..INI LAH JADINYA.

DSC_1636_picnik
Petang semua...pernah rasa terpaksa kena memasak tak? Mat ada kala rasa macam tu..keji kan aku, tapi takpe pengakuan jujur dari sorang manusia yang banyak dosa. Sebab terpaksa mat masak ikut rese, ikut apa yang ada dalam peti sejuk, baki2 sayur semua aku belasah pakai, ada kobis kecut, pun mat guna, ada taugeh kasar sikit, guna juga..ada udang aku masukkan..tu nasib baik tak de sayur lain, kalau tak mau berwarna-warni sayur. Tapi kalau nak campur sekali pun anda kena lah bijak...at least biarlah boleh diterima akal, jangan main harung je...kecuali masak bening, yang tu serius, apa je boleh, ada jagung tongkol tu pun kalau tak habis, boleh masukkan sekali, tapi kerat2 lah, jangan letak setongkol dalam tu, tercekik kang, ada suara tukau, "Balik meniaga bang Midd"....haha, al-fatihah untuk arwah Yusni Jaffar...... Ok kita semak resipi terpaksa ni yea...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 genggam taugeh kasar @ taugeh soya, buang ekornya, cuci dan toskan
1/4 biji kobis bulat, hiris kasar, cuci dan toskan
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
10 ekor udang saiz sederhana, dibersihkan
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1/2 camca besar sos tiram
Garam secukup rasa
Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, cili merah dan cili hijau hingga layu, masukkan sos tiram, kacau rata dan tambah udang dan sedikit air. Masak hingga udang berubah warna.
  2. Masukkan taugeh kasar dan masak sekejap hingga lembut. Tambah kobis, gaul lagi. Perasakan dengan garam secukupnya. Masak sekejap hingga lembut tapi masih rangup. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi dan lauk2 lain.

12 comments:

Yatie said...

selalu gak rasa terpaksa masak..nak-nak time-time penat, tak sihat...

Cheq Sue said...

kadang2 bila terpaksa masak, tetap masak walaupun hati tak ikhlas...kadang2 sampat xleh makan pun che mat... aduiiii

gadisBunga said...

saya kalau masak terpaksa kompem end up jadi tak sedap! hihi~

Amie said...

nak masak ni kena dengan sepenuh hati yee... kalau separuh hati, lain jadinya,lain sikit rasanya...hi hi hiiii

Sha HomeMade Cake n Choc said...

Walau pun masak x sepenuh hati , yang pasti sedap. Tengok2 dah licin .Sejuk hati niiii...hihihihi

JIJI YU said...

terbaik nokks..

laskar pelangi said...

terpaksa masak pun nampak sedap gak...nak sikittt!

halila Ibrahim said...

teringat cerita tu ... hehe ..

Oh Oeya said...

kita kalau terpaksa masak.. mi kicap + taugeh je ler hihi..

Pencerita said...

Mat Gebu... Ada tak resipi kangkung goreng ikan masin?... Mungkin ada tip2 tuk pastikan kangkung betul2 bersih?... Takde telur2 binatang tertentu tu... huhuhu...

Tihara said...

terpaksa pn mabeles juga..paling best dialog arwah yusni jaafar tu..klasik betuii :D

Wan85 said...

http://wanwidget.com/
terpaksa tp wajah makanan still nmpk menarik dan sedap, hehe

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.