TUMIS KACANG BUNCIS DENGAN KUPANG

P1300620
Dah tinggal 1 jam lebih je lagi nak berbuka puasa, mesti sibuk kan memasing, masak, pi bazar, yelah rembat apa2 yang patut. Kalau ke bazar, ada masa mata macam nak gugur kat jalanrayakan nengok segala maknikam benda2 makan...huhuh, tapi kalau mat, yang paling memikat ialah air....yang tu memang boleh melupakan benda2 makan...kann. Ok entri petang ni share satu masakan mudah dan cepat, sesuai sebagai menu pelengkap. Ini cuma masakan biasa2 saja, tapi mat suka macam ni, pulak2 kalau masa bersahur, ada sayur, nasi hangat dan ikan goreng pun ok dahh...sesuai sangat. Kupang yang mat guna ni kupang segar, memang manis dan sedap....Resipi dibawah...ini sebagai idea sahaja, tak lebih dari tu....

BAHAN-BAHANNYA :-)
Kacang buncis secukupnya (dalam 25 tangkai macam tu)
1 genggam isi kupang, dibersihkan
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
1 biji cili merah, hiris
1/2 camca besar sos tiram
Sedikit soo hoon, kerat pendek dan rendam
Sedikit air
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kacang buncis, dihiris serong, cuci dan toskan. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar, bawang putih dan cili merah hingga harum, masukkan sos tiram, kacau rata dan tambah isi kupang, masak sekejap.
  2. Masukkan kacang buncis dan sedikit air. Kacau rata dan tambah soo hoon (toskan), gaul rata. Perasakan dengan garam secukupnya. Masak sekejap hingga soo hoon lembut, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan...




Post a Comment

9 Comments

  1. @ jiji - kupang tu sedara mara kerang, tiram dan kepah. Kulitnya hijau kebiruan, isinya manis, dalam bahasa inggeris kita panggil 'mussel'

    ReplyDelete
  2. salam,

    cik mat klu makan kupang sakit perut tak... sy kan klu makan kupang mesti sakit perut... satu family camtuh...

    smlm beli sambal kupang kat bazaar... hari ni, ya allah dr tpt keja sampai balik rmh, asyik masuk tandas je...

    ke, sakit perut sbb kupang tu tk buang yg cik mat buang tu...

    ReplyDelete
  3. salam abg MG, hari ni tersedak2 tak? saya dok sebut2 nama abg MG kat my blog.. mcm sy cakap, blog abg MG ni mmg rujukan pertama sy nak masak juadah Ramadhan so thanks sgt2...

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.