BEN ASHAARI

Sunday, August 28, 2011

SALAM AIDIL FITRI DARI DTS-MAT GEBU

Salam semua, Insya Allah sehari dua lagi kita umat Islam akan menyambut hari lebaran yang mulia, makan tinggallah ramadan buLan penuh barakah..Mudah2an kita dipanjangkan usia dan diberi kesempatan menemui ramadan akan datang, insya Allah.

Dalam kesempatan ini DTS-MAT GEBU mengucapkan selamat hari raya aidil fitri dan mat menyusun 10 jari memohon ampon dan maaf zahir batin sepanjang berblog ini jika ada kekasaran bahasa dalam entri2 yang lalu. Doa mat pada semua agar anda dapat menyambut lebaran dalam keadaan harmoni, ceria bersama keluarga tersayang. Pada mereka2 yang pulang ke kampung, berhati2 semasa memandu, kalau mengantuk sila berhenti di R n R, dan berehat secukupnya. Dua rangkap pantun sebagai penutup warkah bicara ku...

TAKBIR BERGEMA DI PAGI INDAH,
TUA DAN MUDA DATANG BERSUA,
LEBARAN MULIA TIBALAH SUDAH,
KEMAAFAN KU POHON PADA SEMUA.

SUMPAH JANJI TELAH TERPATRI,
SIANG MALAM SILIH BERGANTI,
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI,
DARI MAT GEBU SEIKHLAS HATI...


24 comments:

Zulfikar Hazri said...

selamat hari raya Mat gebu. owner DTS tiffin biru..pinggan mangkuk vintage..arkopal dan sewaktu dengannya...

selamat hari raya sahabt..bu bu gebu...

nanti datang shah alam.. jemput makan2 ye.. :)

Sunah Sakura said...

selamat hari raya atok gebu!!!! maaf zahir batin!

PeRmAtA bIrU said...

salam lebaran..:)

azian said...

Selamat hari raya CMG...

Citarasa Rinduan said...

lawanya kad raya dari CMG..

serius nak habaq.. so kreatif..
thanks so much ya..

SALAM LEBARAN untuk CMG sklrg

Jalut said...

Salam Aidilfitri untuk CHe mAT

Amie said...

selamat hari raya mat, datang nak kutip duit raya ni tapi dapat kat raya.... kutip ajelah ye sebab cantikkkkk.....

JIJI YU said...

salam lebaran papa..maafkan segala kesilapan anakmu ini

Hariz said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin Daripada saya blog.hariz :)

Diana @ Melley Mey said...

Salam Aidilfitri buat CMG... Maaf zahir dan batin..

d_LA said...

Hp eid mubarak CMG..
maaf jugak kalo ade tersalah ckp/komen..semoga berbahagia di hari yg mulia ini

Sis-Lin said...

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin Mat sekeluarga... :)

Wattie said...

selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin buat Cik Mat sekeluarga

Ummi said...

Salam Aidilfitri buat Mat dan seisi keluarga, terutamanya mak Yah dan Bak yang diingati.. Di kesempatan ini dengan rasa rendah diri dan seikhlas hati, akak menyusun jari sepuluh memohon kemaafan atas segala keterlanjuran kata, silap perbuatan yang mengusik rasa sepanjang akak mengenali Mat dan keluarga serta usik-mengusik, gelak tawa di alam maya. Segala kebaikan Mat dan keluarga amat akak ingati.

Akak doakan Aidilfitri ini memberi seribu kebahagiaan dan keceriaan kepada Mat dan seluruh ahli keluarga hendaknya... amiiinn..

Akak balik kampung pagi nih...moga jumpa lagi ek Mat! ^___^

farah adila said...

selamat hari raya juga..:)

Yatie said...

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin buat Mat sekeluarga, moga ceria di pagi syawal....senyum sokmo walau busy melayan tetamu okeyyyyyy..

putribongsu said...

selamat hari raya abg mat :) terima kasih byk resepi dikongsi smpai sy dah pandai masak mcm2..hehehe

simplyatie said...

assalamualaikum abang MG,

selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin.. menariknye semua kuih2 raya abang mat gebu especially kek lapis tu..

Adnazthie said...

Selamat hari raya Che Mat...

ICook4Fun said...

Salam Aidil Fitri untuk Mat and keluarga.

Rima said...

Selamat hari raya to u and ur family.. maaf zahir batin.. hv a blessed one yah..

H.J said...

selamat beraya abang mat..ehe

Mat Gebu said...

TERIMA KASIH PADA SEMUA...SELAMAT HARI RAYA.MAAF ZAHIR DAN BATIN..

WaniGhani said...

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin CMG...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.