PUCUK RANTI TUMIS BERKERANG.

P1300393
Ehhhh....tercicir satu entri laa 2 hari lepas punya, takpe mat share petang ni. Secara jujur, yelah kan bulan Ramadhan, gileerr nkoo nak ber dusta2 bagai...dohsa okeh!. Masakan ni bonda mat yang masak, jadi mat gebu saja gatal2 tangkap gambar, nak letak kat blog, yelah nak kasi meriah. Anda tau apa itu pucuk ranti?...Kalau orang2 jawa, sudah pasti tau punya lah, macam abah mat tu kan jawa keturunan jawa, kalau tak tau pucuk ranti tu apa, kena buang dari family tree gamaknya yeoppp. Sedap dimasak dalam pelbagai cara, masak lemak dengan keledek pun ok, gorenng belacan pun ok, macam style bonda mat masak ni. Pucuk ranti ni pun ada 2 jenis kalau tak silap mat, kalau ranti yang daunnya kecik2 kita panggil ranti kampung, kalau daun lebar, kita panggil ranti hutan atau ranti gajah...ha gajah!!..keji terasa ai...hahaha...Ok mat tulis resipi dia..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/2 ekak pucuk ranti, ambil daunnya, cuci dan toskan
1/4 cawan isi kerang
1/2 camca besar sos tiram
Garam secukup rasa
Sedikit air
1 biji bawang besar*
1 biji cili hijau*
3 biji cili padi*
1/2 inci belacan*(*ditumbuk hancur)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk hancur hingga harum. Masukkan sos tiram dan juga isi kerang, kacau rata dan tuang air. Biar mendidih.
  2. Tambah pucuk ranti tadi, gaul rata dan perasakan dengan garam. Masak hingga pucuk ranti lembut, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan..

Post a Comment

8 Comments

  1. mat, ranti tu kan mak kita suka buat keluban dengan kangkung kampung tau masa kita kecik2 dulu, adeeeehhhh...sedapnya bau kelapa partnya tu,

    kalau mat keturunan jawa, mat mesti tau apa tu keluban,

    ReplyDelete
  2. Pucuk ranti tu macam mana rupanyer. Ada gambor dia tak? Sedapnyerrr...

    ReplyDelete
  3. Cik mat, org johor mmg tau ranti ni.. biasanya sy buat kuluban..

    tp bila duk selangor ni, xde lak.. smpi bila tnye kt orng2 cni pun diorg xtau.. ada nama lain x?

    ReplyDelete
  4. cik mat klu senang tunjukkan la pujuk ranti yg tak masak lagi..xpenah tgk kot.

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.