BEN ASHAARI

Thursday, August 18, 2011

PUCUK PAKU MERAH TUMIS BERKUAH..

P1300715
Salam sayang semua....hehe, macam mana hari ni, ok ke, ada yang ketat perut?..pengsan atau kepeningan teroverdose makanan?...Yelah kan bukan nak kata apa, lagi2 lah kalau kita ke bazar ramadhan, rambang mata, rambang nafsu, semua nak. Bukan kata kita masak sendiri tak akan berlaku pembaziran, cuma kalau masak sendiri kita boleh agak atau kawal banyak mana yang perlu kita masak, maksud mat dari segi kuantiti. Ada yang kata CM, banyak nya u masak, haah, nampak banyak tapi kan dalam kuantiti yang sederhana, depends, kalau sayur2ran yang kami dapat dari farmville, akan dimasak lebih, macam tu lah. Tapi kalau lauk2 seperti ikan, ayam atau daging, jika tak habis akan didingin bekukan. Contoh macam entri yang ini, sayur pucuk paku merah tu bukan kami beli, tapi abang sulung mat kutip di satu kawasan, dia bersama kawan dia keluar tu hari dan sempat juga memetik sayur kontan yang memang menjadi kegemaran kami...and for your information puan2 dan tuan2 semua, kawan abang mat tu bukan cikai nya kaki okehh, dia pensyarah di UTM Skudai, tapi very down to earth dan tak de pun nak rasa malu pi kutip pucuk2 paku segala, hmm kalau segelintir tu mesti tak nak kan....jaga standard beb!!!...Ok, jomm kita semak resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cekak pucuk paku merah, asingkan dari tangkainya, cuci dan toskan
1 cawan isi kupang segar, dibersihkan
1/2 camca besar sos tiram
Garam secukup rasa
1/2 cawan air (kalau nak lebih kuah, boleh tambah)
1 biji bawang besar*
4 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 biji cili merah*
1 biji cili hijau*
1/2 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*(*ditumbuk lumat)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk lumat hingga harum, masukkan sos tiram dan kupang, gaul dan masak sekejap. Tuang air dan biar mendidih.
  2. Masukkan pucuk paku, besar kan api dan gaul pucuk paku tadi rata2. Tambah garam secukup rasa dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan semasa hendak berbuka puasa...Sedap dimakan panas....

7 comments:

MyraAyreen ^^ said...

Myra Ayreen is coming back . hehehehehehe ,

mat gegebus , macam sedap je menu ni :)

bila nak buat pastrynye , nak raya kan ? :)

kakyon said...

Salam cik mat..
teringat kecik2 dulu pucuk paku msk tumis air, sambal belacan dan ikan masin..sedapnya!!
tapi skrng susah nak cari pucuk paku merah ni..

Melur Jelita said...

Salam Cik Mat,
sedapnyaaaa...alhamdulillah

JIJI YU said...

baghu tau letak sos tiram jgk upenye

Sis-Lin said...

sedap sbb ada kupanggg!

Oh Oeya said...

Baru perasannn.. dah berapa lama daaa tak jumpa pucuk paku erkk!
Mengundang selera u!

hijaudaun said...

salam en.mat. sayur pucuk paku merah area pantai timur especially di terengganu guna buat bubur lambuk. bulan2 puasa ni habis la species pucuk paku ni...laku sangat. buat sayur lemak campur ubi keledek pun sedap.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.