BEN ASHAARI

Tuesday, August 23, 2011

MI HOON KERANG....MANA KERANGNYA?...

P1300807
Selamat pagi semua, sahur apa pagi tadi. Semalam mat cuma letak 2 entri saja kan, tu pun resipi biskut ulang tayang. Hari ni pun mengukis juga lah sementara sempat ni, kek lapis pun belum buat lagi. Rasanya tahun ni buat lah 2 ketul kek lapis, insya Allah kalau diizinkan. Ok entri pagi ni cuma mi hoon biasa saja yang mat goreng semalam. Patutnya ini entri malam tadi, tapi semalam punya ngantuk, awal mat tidur. Mi hoon ni sebenarnya mat letak kerang, tapi lepas2 ambik gambar nampak kerang dia tak berapa banyak pulak, mungkin terlindung kan, atau kerang anak dara..malu2 kucheng's gitu. Daun bawang pun tak de, hias pun ala kadar saja. Kadang2kan bila mat nak tulis entri mi hoon, rasa segan, sebab benda ni kan amat biasa bagi semua, sejak zaman dulu2 lagi mi hoon tak sudah2 tapi ianya memang femes sepanjang masa. Teringin nak mee siam Singapura, yang ada kuah tu...huhu, bila eks...hmmm..

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram mi hoon, rendam hingga lembut atau rebus sekejap dan toskan
100 gram taugeh, buang ekor, cuci dan toskan
1 keping tauhu, dadu kecil, goreng dan toskan
2 biji telur, dibuat telur hancur
1/2 cawan isi kerang
Isi udang secukupnya
2 camca besar cili kisar
3 camca besar sos cili
Kicap cair secukupnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 camca besar penuh udang kering, rendam 10 minit dan toskan
Secubit belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing. Tambah sos cili, tumis hingga terbit minyak. Masukkan isi kerang, udang, tauhu dan telur hancur, kacau rata. Masukkan sedikit kicap cair.
  2. Masukkan mi hoon dan gaul rata2. Tambah taugeh dan gaul lagi, gunakan api sederhana. Tambah kicap cair secukupnya. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan menabur hirisan cili merah, cili hijau dan sebagainya....Selamat mencuba....





6 comments:

Fazlinil Irma said...

alamak.. TERtengok bihun pagi2 ni. dah la feveret sy. :)

Oh Oeya said...

Kerang sembunyi dalam terang hik3

Iffah Afeefah said...

nmpk je kerangnye

esok ley masak

teringin jugak

kayrul-shah said...

my peberet nie..makan satu kuali pun tak puas nie...hehehhe

faieza aaroonf said...

hermm sodap nih..meleleh air liuq den....ptg ni nak buat gak lak...huhu

Areliff said...

pergh terliur lagi urmmm

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.