BEN ASHAARI

Sunday, August 28, 2011

KEK LAPIS ASAM MANIS...SETAHUN SEKALI.

P1300862
Assalammualaikum, salam semua, selamat bertemu kembali..tuuu diam ala2 bertahun tak bersiaran. Nak mengeluh pun tak elok kan. Penat lah, mata ni kuyu jee...stimm ok, letak ikan pun boleh masak. Hmm ok lah entri kali ni nak share resipi kek lapis yang dah 2-3 tahun rasanya mat buat. Resipi ulang tayang, tapi setahun sekali je lah, benda2 macam ni untuk keraian atau majlis2 tertentu sesuai lah. Resipi asal dari Rozzan Singapore. Orang tanya mat, sedap ke kek lapis tuu?...Gila nko tak sedap, dengan asam manis, susu pekat manis, seri kaya..kalau tak berseri juga lah muka lepas makan ni, sah kena mandi bunga bawah jambatan gantung...TAPI...haha jangan melantak over yeaa...ngeri's woooo!!..manis.

P1300863
Kalau ikut sejarahkan, ini lah kek lapis yang mat kira agak berjaya masa pertama kali mencuba dulu. Sebelum tu ada juga menerai, tapi maklumlah, amatur, hasil kek pun ala-ala saja, tak menepati piawaian gamaknya kalau dinilai oleh pakar2 kek lapis. Kek ini tak guna tepung tapi guna biskut marie yang dikisar halus. Kalau dulu kek lapis menggunakan mentega GC, kini telah ditukar pada mentega lain dan mat syorkan mentega SCS setakat ini adalah yang terbaik. Warna pula bergantung pada kehendak anda. Kek lapis tahan perlu disimpan dalam peti sejuk, untuk mengelakkan ia berkulat. Ok kita semak resipi pulak...

BAHAN-BAHANNYA :-)
450 gram mentega berkualiti tinggi (mat guna "S C S")
150 gram gula halus
10 biji telur gred "A"
300 gram biskut marie, dikisar halus (mat guna jenama "munchy's")
1 tin kecil susu pekat manis (mat guna dalam 300 gram)
85 gram seri kaya (mat guna jenama "Yeo's")
1 camca teh esen vanilla
2 pack asam manis (haw flakes), setiap pack ada 10 bungkus
Pewarna makanan ikut suka (mat guna oren, biru dan merah jambu)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar mentega dan gula halus hingga putih, masukkan telur satu persatu dan terus memutar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang. Masukkan esen vanilla dan seri kaya, putar rata. Masa ni adunan kelihatan berbiji2 sedikit.
  2. Pada kelajuan perlahan masukkan susu pekat manis dan biskut marie kisar tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata. Bahagikan kepada 3 bahagian sama banyak. Letak pewarna kegemaran pada setiap bahagian, kacau rata.
  3. Sediakan tin 4 persegi berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci, lenser dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Panaskan oven pada suhu 190C, api atas dan bawah. Masukkan tin kosong tadi selama 2 minit.
  4. Kaluarkan tin, sudukan 4 camca besar adunan (terpulang pada anda untuk memilih warna adunan), ratakan dan bakar selama 4 - 5 minit atau hingga peerang. Keluarkan dan sudukan 4 adunan lagi yang sama warna, ratakan dan susun haw flakes tadi, anggaran 25 keping. Masukkan kembali dalam oven, kali ini tukar api pada fungsi "grill" dan suhu diturunkan pada 175C. Bakar selama 3-5 minit hingga perang.
  5. Keluarkan dan tekan sedikit kek tadi, biar padat, jika terdapat gelembung udara, cucuk dengan lidi sate, dan tekan perlahan2. Sambung melapis dengan 4 camca besar adunan warna lain pula, susun haw flakes pada lapisan kedua setiap warna.
  6. Buat hingga selesai, untuk lapisan akhir, tukar api pada mode atas dan bawah, bakar hingga masak (3-4 minit). Sejukkan sekejap dan keluarkan dari tin, biar dingin atas jaringan...Untuk tahan lebih lama, boleh dibungkus dengan plastik cling, masukkan dalam bekas betutup dan simpan dalam peti sejuk...

8 comments:

aque said...

aduhai susahnye... nak buat. makan senang jew...
hehehehe...

tapi kesedapan die tu....
hehehehe

Sunah Sakura said...

tu dia aihhhh...

Puan Ros @ Tadika Sinaran Intelek said...

Salam che mat,cantik menguda sungguh kek ni.Kak Ros nak ucapkan selamat hari raya aidil fitri untuk che mat sekeluarga.Muga berbahagia dihari raya ya.

Yatie said...

waduh manyak santek woooo kek lapis ni...dah kemas2 nak balik kmpng tapi rasa2 mcm nak melapis ini kek pulak....adoyaiiiii daku terguda sudaaaaaa...

Junie Octovian said...

CMG...kek lapis anda sangat menggoda..mohon halal nak share resepinya ye? Thanks Mat.
Salam Selamat Hariraya 2 U & family!

Tea Dno said...

cantek. mesti sedap kan. :)

Lily said...

ya ALLAH! GLUP!

boyoteen said...

Mmg x guna tepung eh.. Menarik