BEN ASHAARI

Sunday, August 14, 2011

IKAN KAPAK TIGA RASA....TANJATT TAK?..

P1300574
Salam malam semua, selamat sudah menunaikan ibadat puasa hari ke 13, syukur alhamdulillah. hari ni untuk berbuka puasa mat masak beberapa masakan, tapi bukan lah yang 5 stars cuma jenis ala2 kampung saja. Tapi kan serius lah, makan masakan yang kita masak sendiri bersama keluarga, dia ada "sesuatu" yang akan merapatkan hubungan kita sesama sendiri. Mat pun rasa macam tu. Satu rahsia nak bagi tau, mat kan dari dulu kerap makan bersuap oleh bonda (masa kecik lah, sekarang tak lagi. ai malu..haha), wahh, manja giler kan si mat ni...huhu..anak emak lah katakan, arghh peduli apa orang nak kata guaa, janji kita tak susahkan orang sudah lahh...Pernah mat baca satu tulisan sorang blogger yang boleh dikatakan terkenal lah dalam dunia penulisan beliau (tapi bukan jiran sepagar, sebab dia pun anak emak gak..kan Ben) pasal anak emak, dan dari sudut pandangan beliau, anak emak ni agak "menghancur" kan, perabih gherta mak ayah semua, spoiled brat kata omputeh...hmm, tatau nak kata apa, pokok pangkal pada diri kita sendiri, and how you handle your life...kan...tapi tak kesah lah, blog dia, terpulang apa dia nak tulis, dan dia pun tak paksa sapa2 masuk baca..betul tak....mat pun secara tak sengaja nampak dia ping entri tu di FB sedikit masa dulu...jadi pi lah baca, sebab nak juga tau apa pandangan orang hebat pasal isu ni, tapi........hmm no comment...

Ok berbalik resipi dalam entri ni, mat gunakan ikan kapak?..Haa..ikan apa tu?.Ikan kapak macam dalam gambar di atas tu, selalunya orang buat ikan masin. Tapi yang ni jenis segar. Saiz agak besar. Mat puas juga fikir nak masak apa, tadi up kat wall FB, dan ada gak yang cadang kan masak 3 rasa..eh best gak kan, kita try test lah, sebab selalu kan orang guna ikan bawal atau siakap. Hmm nice lah, sedap dan kombinasi teksture isi ikan tu dengan sos 3 rasa sungguh serasi.

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ikan kapak (kalau nak guna ikan pisau pun ok..haha gurau jee..ikan bawal lahh)
1/4 bahagian traffic light capsicum (red, yellow, green), didadu
1 biji bawang besar, belah 8
2 ulas bawang merah, hiris halus
1 batang leek, kerat kecil dan rendam
1/2 inci halia, hiris
1/2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Hirisan daun bawang untuk hiasan

BAHAN SOS :-)
1 camca besar sos tiram
3 camca besar sos cili
2 camca besar sos tomato
1/2 camca besar sos hoisin

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan disiang, kemudian dikelar2 dan lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan letak dalam pinggan sesuai. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga harum, masukkan semua bahan2 sos, kacau dan tuang air. Masukkan leek (toskan) dan trafficlight capsicum. Kacau rata.
  3. Masak hingga pekat dengan api kecil. Rasa dan jika kurang, boleh tambah garam dan gula secukup rasa. Masak sekejap lagi dan curah atas ikan tadi, ratakan, tabur hirisan daun bawang sebelum di hidangkan...


13 comments:

cikgu isza said...

salam mat,
apa nak malu manja dengan mak sendiri..
sepupu saya.. dah beri cucu kat mak dia pun tapi masih maknya potongkan kuku dan cucikan telinga. Siap baring aras riba lagi..

Iffah Afeefah said...

tanjattt

erk ape beze 3 rase ngn masam2 mnis eh onyang

Sunah Sakura said...

waaaaaaaaaaaaaaa...peliknya ikan niii!!! macam kapak pun ada...

mahfudzah said...

haaa.xpernah mkn ikan kapak boleh takk.ahaha,.sedap kee

AMMAR YASIR said...

Lama tak makan ikan masak 3 rasa ni

JIJI YU said...

ade rupe ikan bawal lebih perut

gerobok ubat said...

assalamualaikum

Rajin update ya. Saya dah jadi follower. Care to be mine? Saja2 buat blog untuk kesihatan, manalah tau sapa2 perlukan petua kalau sakit jenguklah gerobokubat@yahoo.com

Ikan ni tak pernah nampak pun, ganti termenung boleh ka?

SCULLY said...

waaaaaa....tak pnah tgk dan dgr pun nama ikan ni...

salju said...

ikan ni..wat stim lemon best..penah gak wat yg saiz besar..

umie mia said...

wah first time dengar dan tgok ikan ni..nice sharing ^_^

Isteri Encek Bard said...

waaaa selalu mkan ikan kering perah limau kasturi goreng bawang dan lada sekali

Isteri Encek Bard said...

waaaa selalu mkan ikan kering perah limau kasturi goreng bawang dan lada sekali

Hasnizar said...

MANA NAK DAPAT SOS HOISIN YER..TQ!!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.